PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL DV9
JAWATAN
GRED
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
Pegawai Latihan Vokasional
DV9
RM2,250.00
RM11,110.00
RM225.00
Klasifikasi Perkhidmatan
: Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan
: Pengurusan dan Profesional
Taraf Jawatan
: Tetap
SYARAT LANTIKAN:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DV9
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Teknologi Kejuruteraan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV9: RM2,470.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Ukur Tanah dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Ijazah Sarjana Muda Seni Bina, Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan atau Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV9: RM2,690.00).
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.