PEGAWAI TADBIR N9
JAWATAN
GRED
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
Pegawai Tadbir
N9
RM2,250.00
RM11,110.00
RM225.00
Klasifikasi Perkhidmatan
: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan
: Pengurusan dan Professional
Taraf Jawatan
: Kontrak
SYARAT KHUSUS:
Mempunyai kemahiran menguruskan, menyelaras dan menganalisa data/maklumat bagi tujuan penarafan serta data-data strategik universiti.
Mempunyai kemahiran dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.
Mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan.
Mempunyai kemahiran membangunkan sistem merupakan satu kelebihan.
Mempunyai kemahiran dalam penggunaan data spreadsheet, Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point.
Mempunyai pemikiran strategik, analitikal & kreatif.
Mempunyai pengetahuan yang tinggi dan berkemahiran membuat penambahbaikan berterusan dalam aspek pengurusan dan pentadbiran
SYARAT LANTIKAN:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM2,250.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM2,470.00).
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.