JURUTERA J9
JAWATAN
GRED
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
Jurutera
J9
RM2,250.00
RM11,110.00
RM225.00
Klasifikasi Perkhidmatan
: Kejuruteraan
Kumpulan Perkhidmatan
: Pengurusan dan Profesional
Taraf Jawatan
: Kontrak
BIDANG:
Kejuruteraan Elektrik
Kejuruteraan Mekanikal
SYARAT KHUSUS:
1. Berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia di bawah disiplin Mekanikal/Elektrik
2. Calon yang mempunyai pengalaman dalam menyelia sistem Chiller berpusat, Sistem Pencegah Kebakaran, memiliki sijil kompetensi ( seperti Orang Kompeten Lif, CePSTPO ) atau mahir dalam pengurusan projek menggunakan perisian BIM.
SYARAT LANTIKAN:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(ii) berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,690.00).
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.