This advocacy campaign, powered by Undi18 in collaboration with MARI, focuses on Rights to Information (RTI). Through a series of forums, roundtable discussions, and content published online, Malaysians have developed their understanding of the importance of RTI, and what steps need to be taken to ensure that information is readily available.
Kempen advokasi ini dikuasakan oleh Undi18 dengan kerjasama MARI dan berfokuskan kepada Hak Mendapatkan Maklumat (RTI). Melalui beberapa siri forum, perbincangan meja bulat serta kandungan yang diterbitkan dalam talian, rakyat Malaysia telah memahami kepentingan RTI dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan maklumat sedia ada.
What You Need To Know? | Apa yang anda perlu tahu?
A transparent government is the bedrock of any democracy. As the responsibility falls on the government to serve the interests of the public, it is the role of the people to hold the government accountable. However, in order to fulfil this duty, the government must be open about its practices. The rakyat should be entitled to access the necessary information to ensure that the government is operating effectively and efficiently.
In Malaysia, this culture of openness is far from being reached. Besides a few pieces of legislation enacted on a state level, Malaysia lacks any federal legal and constitutional framework that enshrines its citizens’ right to information. As a result, the government has been allowed to operate behind closed doors.
Sebuah kerajaan yang telus adalah asas kepada demokrasi. Oleh kerana tanggungjawab kerajaan adalah untuk berkhidmat demi kepentingan rakyat, ia merupakan tanggungjawab masyarakat untuk memastikan kerajaan berakauntabiliti. Namun, untuk menjalankan tanggungjawab tersebut, kerajaan hendaklah mengamalkan sikap terbuka terhadap amalannya. Rakyat berhak mengakses maklumat penting bagi memastikan kerajaan beroperasi secara efektif dan efisien.
Di Malaysia, budaya keterbukaan masih belum direalisasikan. Selain daripada beberapa perundangan yang digubal di peringkat negeri, Malaysia tidak mempunyai rangka undang-undang di peringkat persekutuan yang memaktubkan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat. Hasilnya, kerajaan dibenarkan untuk beroperasi secara tertutup.
Proposed Solutions | Cadangan Penyelesaian
The OSA does not give any clear guidelines as to what is considered an 'official secret' so the government can freely decide which information to conceal without any adequate justification. For this reason, the Act should be repealed.
OSA tidak menetapkan garis panduan yang jelas tentang apa yang dianggap sebagai ‘rahsia rasmi’. Justeru, kerajaan bebas menentukan maklumat yang boleh disembunyikan tanpa sebarang justifikasi. Oleh sebab ini, Akta tersebut hendaklah dimansuhkan.
Parliament must enact the FOIA which will ensure that the government operates on a 'open by default' basis. This means that most information will be made readily available unless it threatens national security or public safety.
Parlimen hendaklah menggubal FOIA yang memastikan kerajaan beroperasi secara ‘open by default’. Hal ini bermaksud maklumat hendaklah sedia ada kecuali jika ia mengancam keselamatan negara dan rakyat.
By expanding Article 10 of the Constitution, all three branches of government must make the right to information available to all citizens.
Dengan mengembangkan Perkara 10 Perlembagaan, ketiga-tiga cabang kerajaan hendaklah menjadikan hak mendapatkan maklumat sedia ada untuk semua warganegara.
What Does the Data Say? | Apa Yang Dikatakan oleh Data?
Besides Selangor and Penang, there are no laws pertaining to RTI in Malaysia. Instead, there are laws policing the flow of information, including the OSA. As Wathshlah G. Naidu, the Executive Director at the Centre for Independent Journalism (CIJ), has noted, the OSA operates “on the presumption that everything is secret”, rather than working “on the presumption of having a right to know” and then applying exceptions to it.
Selain di Selangor dan Pulau Pinang, tiada undang-undang berkenaan RTI di Malaysia. Namun begitu, terdapat undang-undang yang mengawal aliran maklumat, termasuklah OSA. Wathshlah G. Naidu, Pengarah Eksekutif Centre for Independent Journalism (CIJ) berkata OSA beroperasi dengan “anggapan bahawa semua maklumat adalah rahsia” berbanding dengan “anggapan bahawa semua orang berhak mengetahui” dan kemudiannya mengaplikasikan pengecualian terhadapnya.
The nature of the pandemic required an efficient and quick response so rather than spending precious time debating bills in Parliament, the government has taken charge of tackling the spread of COVID-19. This has meant an increase in the government's power, heightening the need for transparency as there is no parliamentary oversight over the government's activities.
Oleh sebab sifat pandemik ini yang memerlukan tindak balas yang pantas dan efisien berbanding membazir masa berharga berdebat di Parlimen, kerajaan telah mengetuai usaha bagi menangani pandemik ini. Hal ini telah meningkatkan kuasa kerajaan dan meningkatkan keperluan ketelusan kerana tiada pengawasan oleh Parlimen akan tindakan kerajaan.