Soalan Lazim

Frequently Asked Questions

Apakah itu Felo Parlimen Malaysia? | What is Felo Parlimen Malaysia?

Felo Parlimen Malaysia ialah sebuah program pembangunan kapasiti maya selama lima bulan untuk memberi peluang kepada belia Malaysia untuk memperjuang projek advokasi tersendiri di kawasan tempatan di seluruh Malaysia melalui rangkaian bengkel yang berfokuskan pembinaan kapasiti atas talian dan peluang 'mentoring'.

Felo Parlimen Malaysia is a five-month capacity building virtual program to empower Malaysian youths to champion their own advocacy projects in local constituencies across Malaysia through a series of online capacity-building workshops and mentoring opportunities.

Siapakah penganjurnya? | Who are the organisers?

Program Felo Parlimen Malaysia ialah sebuah program atas talian yang dianjurkan oleh Undi18 dengan kolaborasi bersama Liga Rakyat Demokratik dan National Democratic Institute (NDI).

The Felo Parlimen Malaysia program is organized by Undi18 in collaboration with Liga Rakyat Demokratik and National Democratic Institute (NDI).

Bolehkah saya masih memohon ke program ini? | Can I still apply to the programme?

Tidak. Tempoh permohonan telah tamat pada 22 Febuari 2021.

No. The application window had closed on 22 February 2021.

Apakah kriteria pemilihan untuk Felo Parlimen Malaysia? | What are the selection criteria for Felo Parlimen Malaysia?

Kami mencari calon yang menpunyai kemahiran seperti di bawah-

  • Kemahiran penyelesaian masalah: Felo perlu mengenal pasti satu cabaran di kawasan mereka dan mengemukakan langkah yang kreatif bagi menangani masalah tersebut.

  • Kepimpinan : Sebagai Felo, anda diharapkan untuk memimpin pasukan anda dalam pengendalian projek kemasyarakatan.

  • Pengurusan projek - Felo perlu berupaya dalam mengetuai projek jangka panjang dan memastikan objektif projek tercapai.

  • Pengurusan pihak berkepentingan - Felo perlu bekerjasama dengan ahli pasukan mereka secara berkesan dan juga pihak tempatan secara kolaboratif.

  • Advokasi - Felo perlu berani dan strategik dalam perusahaan perjuangan masing-masing!


We are looking for candidates preferably with the below skills-

  • Problem-solving skills: Fellows need to identify a challenge in their local constituency and come out with a creative solution for the issue.

  • Leadership - As a Fellow, you will be expected to lead your team in conducting a community project.

  • Project management - Fellows need to be able to lead a long-term project and ensure deliverables are being met.

  • Stakeholder management - Fellows will need to work efficiently with their team members, and collaboratively with local partners.

  • Advocacy- Fellows will need to be bold and strategic when championing their respective causes!

Perlukah saya mempunyai 10 ahli dalam pasukan saya? Bagaimanakah jika saya tidak mencukupi ahli? | Do I need to recruit 10 members for my team? What if I don't have enough team members to join?

Anda MESTI mempunyai sekurang-kurangnya 10 ahli sukarelawan untuk membentuk pasukan anda. Ini ialah syarat wajib dalam program ini kerana anda memerlukan ahli yang secukupnya untuk melaksanakan projek advokasi anda. Felo yang terpilih mempunyai masa sehingga Mac untuk membentuk pasukan mereka.

You MUST recruit at least 10 volunteer members for your team, this is a strict requirement as the advocacy project you will be running requires sufficient members to assist you. Selected Fellows will have until mid-March to assemble their teams.

Perlukah saya mencari ahli pasukan dari kawasan yang sama dengan saya? | Do I need to look for team members who are from the same constituency as I am?

Kami menggalakkan pemilihan ahli-ahli dari kawasan yang sama sekiranya anda ingin menjalankan projek yang memerlukan tenaga fizikal. Namun, syarat ini BUKAN syarat wajib dan Felo terpilih dibenarkan untuk mencari ahli pasukan dari kawasan berbeza selagi projek anda boleh dilaksanakan sepenuhnya.

Ideally, yes. This is NOT a strict rule so long they can assist you in the implementation of your project. HOWEVER, we suggest you recruit individuals who can assist you in person when you are running your project if you need them to do any on-the-ground work.

Apakah manfaat penyertaan Felo Parlimen Malaysia? | What are the benefits of joining Felo Parlimen Malaysia?

Melalui penyertaan Felo Parlimen Malaysia program, calon-calon akan-

  • Menerima pandangan dan maklum balas pakar terhadap inisiatif anda dari pasukan Undi18, Liga Rakyat Demokratik dan mentor program.

  • Memperoleh peluang pembentukan jaringan bersama pemimpin muda di seluruh Malaysia dan penganjur program.

  • Menerima sijil pencapaian sebagai Felo Parlimen Malaysia.

  • Menerima bantuan kewangan untuk melancarkan projek komuniti anda.


By joining the Felo Parlimen Malaysia program, participants will be able to-

  • Receive expert insights and feedback on your initiatives from the UNDI18, Liga Rakyat Demokratik team and programme mentors.

  • Networking opportunity with youth leaders across Malaysia and Programme organisers.

  • Receive a certificate of achievement as a Felo Parlimen Malaysia.

  • Receive financial assistance to let you kickstart your community initiative.

Adakah program ini dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris? | Will this program be conducted fully in English only?

Felo Parlimen Malaysia ialah program dwibahasa dan Felo perlu fasih dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.

Felo Parlimen Malaysia is a bilingual program which will require our Felo to be proficient in both Bahasa Melayu and English.

Bagaimanakah jika saya berminat tetapi tidak berpengalaman dalam Advokasi / Kempen Digital / Pengurusan Projek/Tadbir Urus/Teori Politik. Bolehkah saya mohon?

What if I am interested but do not have experience in Advocacy/Digital Campaigning/Project Management/Governance/Political Theories. Can I apply?

Ya, anda boleh memohon! Kami mencari calon dengan pengalaman dalam kemahiran-kemahiran seperti tertera di atas. Namun, pertimbangan juga akan diberi kepada calon yang boleh menunjukkan potensi tinggi dalam pembelajaran kemahiran tersebut. Kami menggalu-alukan calon yang berminat untuk menghantar permohonan terutamanya calon daripada komuniti terpinggir.

Yes you can! Ideally, we are looking for candidates who exhibit past evidence of the aforementioned skills, however, considerations are also given to those who show strong potential to learn as well. We highly encourage those who are interested, especially if you are from an underrepresented community, to submit an application.

Adakah program ini suatu pertandingan? | Is this a competition?

Tidak. Program ini ialah bengkel atas talian yang bertindak sebagai satu platform bagi para peserta yang terlibat untuk mencadangkan projek-projek advokasi setempat di kawasan mereka.


No. This is an online Fellowship program that aims to provide a platform for participants to engage their communities effectively and to come up with local advocacy projects to be implemented during the duration of this program.

Bagaimanakah jika saya tidak mempunyai sambungan internet yang stabil? | What if I don't have a stable internet connection?

Sila maklumkan kami melalui emel mengenai sebarang kesulitan teknikal dan kami akan membantu dengan sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah anda.

Do let us know of any technical difficulties via email and we will try our best to overcome the issue.

Perlukah saya berada atas talian sepanjang hari semasa perjalanan program ini? | Do I have to be online the whole day throughout the period of this program?

Tidak. Secara tentatif, setiap sesi kami akan dijalankan untuk setengah hari sahaja termasuk bengkel dan pembentangan. Anda boleh rujuk pada takwim program kami untuk maklumat lebih lanjut.

No. Currently, each of our tentative sessions will only take place for half a day, including the workshop and presentation sessions respectively. You can refer to our program calendar for more information.

Saya masih ada soalan lanjut, siapakah yang boleh saya hubungi? | I have more questions, who do I reach out to?

Anda boleh hantar soalan lanjut kepada kami melalui emel di feloparlimen@undi18.org .

You can drop us an email at feloparlimen@undi18.org and send over your questions.