Perkembangan politik di negara kita yang amat membimbangkan dan tidak menentu ini telah menyebabkan rakyat terutamanya belia Malaysia berasa tidak peduli akan perkembangan situasi ini. Namun, kami percaya bahawa sekarang ialah peluang yang mustahak bagi para belia Malaysia untuk tampil ke hadapan bagi komuniti mereka. Oleh itu, Undi18 dengan kerjasama Liga Rakyat Demokratik (LRD) dan National Democratic Institute (NDI), melancarkan Felo Parlimen Malaysia iaitu sebuah program pembinaan kapasiti maya untuk melengkapkan belia Malaysia dengan kemahiran dan sumber relevan yang boleh membimbing mereka dalam pelaksanaan projek advokasi mereka tersendiri. Kami berharap program ini boleh bertindak sebagai pemangkin untuk meningkatkan penglibatan belia dalam proses pembinaan negara kita sekaligus mendorong khalayak ramai untuk melibatkan diri secara aktif dalam menyelesaikan masalah dalam komuniti kita.
The recent political development in our country has been very concerning, and its uncertainty has left many of us, especially the young people of Malaysia feeling helpless and even apathetic towards our current national progress. However, we believe that this moment is an opportunity for Malaysian youth to step up and show up for their community. Therefore, Undi18 has partnered with Liga Rakyat Demokratik (LRD) and National Democratic Institute (NDI) to run Felo Parlimen Malaysia, a capacity-building virtual program to equip Malaysian youths with the relevant tools and resources that would guide them in conducting their very own advocacy projects. We hope this programme would act as a catalyst for more youth involvement in our nation-building process and encourage more of us to actively partake in problem-solving challenges within our communities.
Kemahiran Advokasi
Advocacy Skills
Kemahiran Penyelesaian Masalah
Problem-Solving Skills
Kualiti Kepimpinan
Leadership qualities
Kemahiran Pengurusan dengan Pihak Berkepentingan
Stakeholder Management Skills
Berpeluang untuk mempelajari advokasi dari perspektif 'youth-centric' yang bersifat bukan kepartian.
Dapat memahami bagaimana penyertaan aktif dalam bidang sosio-politik dapat mempengaruhi kehidupan secara positif pada peringkat tempatan dan nasional.
Berpeluang untuk membentuk jaringan dengan kumpulan lain yang terdiri daripada pelbagai bidang dan juga memperoleh pandangan berharga daripada mentor.
Berkesempatan untuk mempelajari kemahiran mudah-sebar dan mudah-kongsi seperti advokasi, pengurusan projek dan banyak lagi!
To learn about advocacy from a non-partisan youth-centric perspective.
Understand how active participation in the socio-political sphere can influence life at local and national levels.
Network with a diverse group of people and receive valuable insights from VIP mentors.
Learn about transferable skills such as advocacy, project management and more!