Permohonan ditutup untuk Felo Parlimen Malaysia

Applications closed for Felo Parlimen Malaysia

Felo Parlimen Malaysia ialah sebuah program pembinaan kapasiti maya selama lima bulan untuk memberi peluang kepada belia Malaysia untuk melaksanakan projek advokasi di kawasan mereka.


Felo Parlimen Malaysia is a five-month capacity building virtual program to empower Malaysian youths to champion and run relevant advocacy projects within their local constituencies across Malaysia.

Mengapakah program ini diwujudkan?

Perkembangan politik di negara kita yang amat membimbangkan dan tidak menentu ini telah menyebabkan rakyat terutamanya belia Malaysia berasa tidak peduli akan perkembangan situasi ini. Namun, kami percaya bahawa sekarang ialah peluang yang mustahak bagi para belia Malaysia untuk tampil ke hadapan bagi komuniti mereka. Oleh itu, Undi18 dengan kerjasama Liga Rakyat Demokratik (LRD) dan National Democratic Institute (NDI), melancarkan Felo Parlimen Malaysia iaitu sebuah program pembinaan kapasiti maya untuk melengkapkan belia Malaysia dengan kemahiran dan sumber relevan yang boleh membimbing mereka dalam pelaksanaan projek advokasi mereka tersendiri. Kami berharap program ini boleh bertindak sebagai pemangkin untuk meningkatkan penglibatan belia dalam proses pembinaan negara kita sekaligus mendorong khalayak ramai untuk melibatkan diri secara aktif dalam menyelesaikan masalah dalam komuniti kita.


Why does this program exist?

The recent political development in our country has been very concerning, and its uncertainty has left many of us, especially the young people of Malaysia feeling helpless and even apathetic towards our current national progress. However, we believe that this moment is an opportunity for Malaysian youth to step up and show up for their community. Therefore, Undi18 has partnered with Liga Rakyat Demokratik (LRD) and National Democratic Institute (NDI) to run Felo Parlimen Malaysia, a capacity-building virtual program to equip Malaysian youths with the relevant tools and resources that would guide them in conducting their very own advocacy projects. We hope this programme would act as a catalyst for more youth involvement in our nation-building process and encourage more of us to actively partake in problem-solving challenges within our communities.

Apakah yang anda boleh jangkakan daripada menyertai Felo Parlimen Malaysia?


What can you expect to learn by joining Felo Parlimen Malaysia?

Pengenalan Kepada Teori Politik

Intro to Political Theories


Kemahiran Advokasi dan Pengurusan Projek

Advocacy and Project Management Skills

Bimbingan & Pembentukan Jaringan

Mentorship & Networking

Siapakah yang sesuai untuk memohon?

Who are we looking for?

Kohort pertama Felo Parlimen Malaysia akan terdiri daripada 45 belia Malaysia daripada latar belakang yang berlainan dengan objektif untuk mencerminkan kepelbagaian kaum, jantina dan golongan di Malaysia, termasuk Wanita, Orang Asal, Orang Kurang Upaya dan lain-lain.

Pemohon mestilah berusia di antara 18-30 tahun semasa mengemukakan permohonan. Jika terpilih, setiap Felo perlu membentuk sebuah pasukan sukarelawan yang tidak kurang daripada 10 ahli pasukan untuk menyokong inisiatif Felo yang dicadang, selewat-lewatnya pada akhir bulan Mac. Kami ingin mencari calon dengan sifat dan kemahiran seperti berikut:


The first cohort of Parliament Fellows Malaysia will be comprised of 45 Malaysian youth from multiple backgrounds, with a goal to represent the diversity of Malaysia, which includes Women, Orang Asal, Person with Disabilities and etc.

Applicants must be between the age of 18-30 years old at time of application. If selected, Fellows will then have to assemble a team of no less than 10 volunteers to support them in their proposed Fellow initiative by end of March 2021. Ideally, we are looking for candidates with the following traits and skills:

Kemahiran Advokasi

Advocacy Skills

Kemahiran Penyelesaian Masalah

Problem-Solving Skills

Kualiti Kepimpinan

Leadership qualities

Kemahiran Pengurusan dengan Pihak Berkepentingan

Stakeholder Management Skills

Mengapakah anda patut menyertai Felo Parlimen Malaysia?

  • Berpeluang untuk mempelajari advokasi dari perspektif 'youth-centric' yang bersifat bukan kepartian.

  • Dapat memahami bagaimana penyertaan aktif dalam bidang sosio-politik dapat mempengaruhi kehidupan secara positif pada peringkat tempatan dan nasional.

  • Berpeluang untuk membentuk jaringan dengan kumpulan lain yang terdiri daripada pelbagai bidang dan juga memperoleh pandangan berharga daripada mentor.

  • Berkesempatan untuk mempelajari kemahiran mudah-sebar dan mudah-kongsi seperti advokasi, pengurusan projek dan banyak lagi!


Why you should join Felo Parlimen Malaysia?

  • To learn about advocacy from a non-partisan youth-centric perspective.

  • Understand how active participation in the socio-political sphere can influence life at local and national levels.

  • Network with a diverse group of people and receive valuable insights from VIP mentors.

  • Learn about transferable skills such as advocacy, project management and more!

Semak soalan lazim! Check our FAQ!