FREQUENTLY ANSWER QUESTION
PENDAFTARAN MODUL KOKURIKULUM
Kursus Kokurikulum adalah termasuk di bawah kluster Matapelajaran Pengajian Umum (MPU4) yang wajib diambil oleh pelajar. Pelajar WAJIB melengkapkan 2 kredit kursus kokurikulum mengikut struktur kurikulum bagi semua pelajar diploma dan sarjana muda.
Bagi pelajar Diploma, kod kursus kokurikulum adalah UQA1002, dan bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda / Dual Ijazah Sarjana Muda, kod kursus kokurikulum adalah UQA2002.
Tidak. Pelajar WAJIB mendaftar dan lulus kursus Kokurikulum sebagai syarat bergraduat dan penjelasan lanjut disediakan di dalam Buku Peraturan Akademik Program Diploma Dan Sarjana Muda Sepenuh Masa UMPSA.
kursus kokurikulum yang ditawarkan di UMPSA adalah bersifat modular di mana pelajar perlu mengikuti 4 modul kokurikulum (8 CATS) bagi melengkapkan 2 kredit kokurikulum. Pelajar boleh membuat tempahan modul yang diminati mengikut jadual penawaran modul kokurikulum oleh Akademi Adab.
Modul-modul yang ditawarkan adalah berbeza mengikut semester. Antara modul yang ditawarkan adalah seperti Memahami Kesihatan Mental, Pengenalan Golf, Asas Catur, Proofread-lah, Kayak dan lain-lain.
Modul-modul kokurikulum yang ditawarkan melalui dua kaedah iaitu bersemuka atau dalam talian mengikut modul masing-masing. Bagi modul bersemuka, pelajar yang berdaftar perlu hadir ke bilik kuliah yang telah ditentukan. Manakala bagi modul dalam talian seperti asas catur dan Edit Like A Pro with Canva, pelajar perlu mengikuti kelas melalui platform yang diberikan oleh jurulatih.
Pelajar WAJIB mendaftar dan menghadiri maksima empat (4) modul kokurikulum bagi memenuhi 2 kredit kokurikulum untuk bergraduat. ilik kuliah yang telah ditentukan. Manakala bagi modul dalam talian seperti asas catur dan Edit Like A Pro with Canva, pelajar perlu mengikuti kelas melalui platform yang diberikan oleh jurulatih.
Tidak perlu. Ini kerana pelajar telah pun membayar yuran pengajian pada setiap semester dan yuran kokurikulum adalah termasuk dalam yuran per semester yang telah dibayar.
Tidak perlu. Pelajar tahun 1 dibenarkan untuk mendaftar kokurikulum bermula pada semester 1 dan boleh merancang untuk pendaftaran baki modul pada semester berikutnya.
Semua urusan berkaitan penawaran, pendaftaran, semakan modul, tuntutan kredit boleh dibuat melalui sistem MyCredential (https://mycredential b.com/CredB/index.php)
Penawaran modul akan dibuka mengikut jadual "Open Registration (OR)", di mana pelajar boleh membuat pendaftaran modul sama ada pada hujung semester atau awal semester berikutnya.
Setiap pelajar hanya dibenarkan untuk mendaftar DUA (2) modul sahaja pada setiap semester semasa yang berjalan.
Bagi pelajar yang berada di semester/tahun terakhir dan masih tidak melengkapkan jumlah CATS/modul perlu membuat permohonan melalui sistem MyCredential pada minggu 1-2 setiap semester. Sekiranya tidak dapat membuat tempahan, pelajar perlu ke Pejabat Akademi Adab untuk membuat pendaftaran secara manual (tertakluk kepada kelulusan Akademi Adab).
SLT (Student Learning Time) merujuk kepada masa pembelajaran berkesan atau usaha pelajar dalam proses pembelajaran, termasuk masa untuk kuliah, tutorial, pembelajaran kendiri, dan penilaian formal. Satu modul kokurikulum bersamaan dengan 20 jam SLT.
Bagi memenuhi syarat graduasi, pelajar perlu melengkapkan 2 kredit kursus kokurikulum sepertimana dalam struktur pengajian bersamaan 8 CATS atau 80 jam SLT.
Ya, pelajar boleh menarik diri daripada modul kokurikulum dalam tempoh Tambah Kursus/Gugur Kursus yang ditetapkan berdasarkan jadual pendaftaran
Pelajar boleh menyemak penawaran, jadual, dan pendaftaran modul melalui sistem MyCredential. Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan jadual rasmi yang dikeluarkan oleh UMPSA.
PELAKSANAAN KELAS
Kelas modul yang ditawarkan pada setiap semester telah mempunyai satu tarikh yang ditetapkan. Setiap modul hanya dijalankan bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang. Pelajar WAJIB hadir ke kelas modul yang telah didaftarkan dan mengikuti kelas modul tersebut sehingga selesai.
Pelajar boleh menyemak jadual di MyCredential bagi mengetahui lokasi kelas dan pautan ke group whatsapp/Telegram
Pelajar WAJIB menghadiri kelas modul yang telah ditempah. Sekiranya pelajar tidak dapat hadir, pelajar perlu memaklumkan kepada Jurulatih bagi Modul tersebut secara bertulis. Kegagalan mengemukakan alasan yang munasabah akan diberikan status "ABSENT" dan pelajar tidak boleh mengulang modul yang sama pada semester yang sama.
Tidak dibenarkan "walk in". Hanya pelajar yang telah berdaftar boleh menyertai modul tersebut. Sekiranya terdapat sebarang masalah, pelajar boleh hadir ke Pejabat Akademi Adab di Pekan/Gambang untuk urusan selanjutnya.
Pelajar wajib hadir modul berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh Akademi Adab. Ketidakhadiran kerana faktor kesihatan boleh dipertimbangkan jika pelajar mengemukakan sijil perubatan yang disahkan dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh modul tersebut kepada jurulatih modul.
Markah minimum untuk lulus modul kokurikulum adalah 40 markah, bersamaan dengan gred minima D.
Modul yang gagal (markah 39 dan ke bawah) tidak layak untuk memohon tuntutan kredit dan pelajar perlu mengambil modul baharu untuk melengkapkan jumlah CATS yang diperlukan.
Pelajar perlu melengkapkan semua penilaian seperti kuiz, laporan, dan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Sistem gred ditentukan oleh UMPSA, dengan markah lulus minimum adalah 40 markah.
Pelajar yang gagal modul perlu mengambil modul baharu untuk melengkapkan jumlah CATS. Modul yang gagal tidak boleh digunakan untuk tuntutan kredit.
Pelajar yang gagal menyerahkan tugasan atau laporan dalam tempoh yang ditetapkan akan diberikan markah sifar (0) untuk komponen tersebut.
TUNTUTAN KREDIT
CATS adalah sistem persetaraan jumlah kredit berdasarkan usaha pembelajaran pelajar. Sebagai contoh, 0.5 kredit bersamaan dengan 20 jam Pembelajaran Pelajar (SLT) atau 2 CATS.
Tidak. Selagi pelajar belum membuat tuntutan pada modul yang terlibat, jumlah CATS tersebut akan terus berada dalam rekod sehingga ianya dituntut.
Pelajar aktif yang telah memenuhi sekurang-kurangnya 8 CATS layak membuat tuntutan kredit kokurikulum melalui sistem MyCredential. Permohonan hanya diterima dalam tempoh yang ditetapkan.
Pelajar perlu cakna berkenaan dengan pemakluman pentadbiran berkenaan tarikh tempoh tuntutan kredit dibuka. Hebahan berkenaan dengan tempoh ini akan dibuat melalui pelbagai platform rasmi antaranya melalui email, ecommunity, pentadbiran fakulti, facebook dan instagram Akademi Adab.
Ya, pelajar boleh menggabungkan CATS daripada modul dan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman dan Sosial (PPS) untuk memenuhi tuntutan kredit kokurikulum.
Permohonan tuntutan kredit boleh dibuat melalui Sistem MyCredential. Manual bagi proses permohonan ini telah disediakan di "User manual" > "How to claim credit"
Tidak, pelajar yang menangguh pengajian tidak layak membuat tuntutan kredit, seperti yang dinyatakan dalam Buku Peraturan Akademik (Rujuk Bahagian XII – Perkara 4).
Selepas permohonan tuntutan kredit telah dibuat, pihak Akademi Adab akan menyemak dan meluluskan tuntutan kredit (Approved) sekiranya telah memenuhi keperluan. Kod kursus UQA1002/UQA2002 akan didaftarkan ke dalam struktur kurikulum pelajar di hujung semester.
Penolakan permohonan tuntutan kredit adalah disebabkan permohonan tidak memenuhi syarat tuntutan kredit dan pelajar perlu memohon semula tuntutan kredit. Pelajar perlu menyemak “Reason” yang telah dinyatakan di sistem MyCredential pelajar.
Penolakan permohonan tuntutan kredit adalah disebabkan permohonan tidak memenuhi syarat tuntutan kredit dan pelajar perlu memohon semula tuntutan kredit. Pelajar perlu menyemak “Reason” yang telah dinyatakan di sistem MyCredential pelajar.
BADAN BERUNIFORM
Tidak, pelajar yang telah mengikuti latihan kadet tidak perlu mengambil modul kokurikulum lain kerana latihan kadet sudah memenuhi keperluan kokurikulum.
Syarat utama termasuk: Warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Pelajar sepenuh masa. Lulus pemeriksaan kesihatan daripada Lembaga Perubatan yang bertauliah. Memenuhi syarat ujian fizikal yang ditetapkan. Lulus saringan tapisan keselamatan (jika berkaitan). Mengikuti program yang bersesuaian dengan tempoh pengajian pelajar
Pemilihan kadet baharu dijalankan pada semester SATU (1) sahaja. Bagi pelajar yang bukan berada di semester 1 dan berminat untuk menyertai BBU, pelajar boleh membuat rayuan kepada BBU dan Akademi Adab.
Tempoh latihan untuk setiap badan beruniform (BBU) bagi tujuan pentauliahan adalah seperti berikut: PALAPES (Laut, Udara, Darat): 6 semester Kor SUKSIS: 6 semester Kor SISPA: 5 semester PASKAM: 4 semester Kor BOMBA: 3 semester Wataniah: 3 semester *Tertakluk kepada perubahan silibus daripada BBU yang berkaitan
Pelajar yang ingin menamatkan latihan kadet perlu: Menghantar notis bertulis kepada Akademi Adab dan jurulatih BBU selewat lewatnya pada minggu ke-9 semester semasa atau dua minggu sebelum semester baharu bermula. Mengembalikan pakaian seragam, kelengkapan, dan sijil pelantikan (jika ada) dalam tempoh dua minggu selepas surat penamatan dikeluarkan atau apa-apa peralatan yang masih dalam pegangan kadet.
Kadet boleh ditamatkan latihan atas sebab-sebab berikut: Tidak mencapai tahap kecekapan yang dikehendaki. Tidak mematuhi disiplin dan melanggar peraturan badan beruniform atau UMPSA yang berkuatkuasa. Kedudukan akademik P1 dan P2 bagi semester semasa atau berturut-turut. Masalah kesihatan yang disahkan oleh Pegawai Perubatan yang bertauliah. Memperolehi keputusan Kedudukan Gagal (KGDS) pada tahun pertama
Pelajar Kadet yang menjalani program mobiliti ke luar negara selama satu semester perlu memaklumkan kepada Akademi Adab tentang status akademik mereka. Pelajar tidak akan didaftarkan kod kursus semasa latihan bagi semester tersebut tetapi akan menyambung / mengikuti latihan bersama kadet junior apabila kembali ke kampus.
Hari Sabtu telah diisytiharkan sebagai Hari Aktiviti Pelajar/Kokurikulum berkredit. Pensyarah/fakulti perlu memohon pengecualian latihan BBU kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) jika terdapat pertindihan aktiviti akademik dengan jadual latihan badan beruniform.
PENDAFTARAN BAGI KURSUS UQA1002 / UQA2002
UQA2002 akan didaftarkan oleh Akademi Adab bagi pelajar yang telah melengkapkan 80 SLT (4 modul) dan telah membuat tuntutan kredit di akhir semester bagi pelajar diploma dan sarjana muda dan bagi kadet, setelah selesai 2 semester mengikuti latihan kadet BBU.
MyCredential
Semua pelajar akan didaftarkan ke system Mycredential secara automatik dan pelajar tidak perlu "CREATE ACCOUNT". Username dan password akan diberikan semasa taklimat akademik berkaitan pengurusan modul kokurikulum.
Pelajar tidak dapat mengakses semua perkara berkenaan kokurikulum /kelab dan perlu menghantar rayuan penamatan akaun yang dibuat sendiri untuk pihak Akademi Adab reset dalam sistem.