PANDUANĀ
Ambil larian 2-3 meter untuk mendapatkan momentum
Loncat menggunakan kaki, tangan bersedia untuk mencengkam
Letakkan kedua-dua tangan di atas tembok untuk mendapatkan pegangan
Gunakan kekuatan tangan untuk menarik badan ke atas
Jika perlu, gunakan kaki untuk membantu menolak ke atas
Tarik badan sehingga pinggang melepasi tembok dan pusingkan kaki kiri atau kanan untuk mencapai permukaan atas tembok
Hulurkan kaki kiri atau kanan mengikut keselesaan
Melompat sambil memusingkan badan kiri atau kanan dan menghadap ke hadapan
Pastikan lutut sedikit bengkok untun mrnyerap hentakan semasa mendarat
PANDUANĀ
Ambil langkah kecil dan perlahan untuk mengelakkan ayunan berlebihan
Kekalkan Keseimbangan
Condong sedikit ke hadapan dan gunakan lengan untuk imbang
Lihat ke hadapan dan bergerak perlahan-lahan tanpa berhenti
Berhati-hati apabila menuruni titi
Peserta yang telah melepasi perlu menahan titi menggunakan kaki supaya tidak bergeerak bagi memudahkan kaki supaya tidak bergerak bagi memudahkan peserta seterusnya melintasi halangan ini
PANDUAN
Ambil jarak 2-3 meter untuk momentum
Letakkan satu kaki ke depan, bersedia untuk melompat
Lompat dengan kedua-dua kaki, angkat lutut ke arah dada
Mendarat dengan kedua-dua kaki, lutut bengkok untuk menyerap hentakan
Kekalkan keseimbangan selepas mendarat
PANDUAN
Berdiri dengan kaki sedikit terpisah
Pandang ke hadapan untuk mengekalkan keseimbangan
Ambil langkah kecil, perlahan dan memijak keseluruhan permukaan atas tembok
Gerakkan lengan untuk membantu keseimbangan
Melangkah sehingga mencapai penghujung halangan
Mencangkung dihujung halangan dan menghulurkan kaki kiri atau kanan
Lompat turun daripada tembok halangan, mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki
PANDUAN
Periksa tali dan pastikan tali selamat
Genggam tali dengan kedua-dua tangan
Pastikan tali rapat ke dagu
Lompat dengan kedua-dua kaki untuk mendapatkan daya ayunan
Angkat kaki dan pastikan berbentuk 'L' supaya kaki tidak mencecah permukaan air
Gunakan lengan untuk menstabilkan badan dan bersedia untuk mendarat
Mendarat dengan kedua-dua belah kaki dengan dibantu oleh peserta yang telah melepasi halangan
PANDUAN
Ambil langkah ke depan dan bersedia untuk genggam bar dengan kedua-dua tangan
Gunakan kekuatan tangan untuk mengayunkan badan ke depan
Lepaskan satu tangan, genggam bar seterusnya, dan ulangi gerakan
Gunakan otot lengan untuk menstabilkan diri
Setelah mencapai bar terakhir, mendarat dengan selamat dengan dibantu oleh peserta yang telah melepasi halangan
PANDUAN
Ambil posisi merangkak, dengan keseluruhan badan mencecah ke tanah
Gerakkan tangan dan lutut perlahan-lahan
Jaga jarak dari dawai berduri
Teruskan merangkak mengikut laluan
Bangun dengan berhati-hati setelah melepasi halangan tersebut