Pengurusan Aset telah menyediakan templat masterlist aset standard untuk diisi oleh Pemilik Aset mengikut aset di bawah tanggungjawab masing-masing.
Akses maklumat aset adalah terhad kepada Pemilik Aset sahaja. Pegawai Aset tidak lagi mempunyai akses kepada maklumat aset staf lain kecuali dengan kebenaran staf berkenaan.
Untuk mendapatkan senarai aset, sila log masuk ke laman web UMPOINT-V3, klik menu Asset di sebelah kiri. Tab Aset dan Inventori akan dipaparkan. Sila simpan senarai tersebut dalam format PDF dan simpan ke dalam folder yang berkaitan.
Sekiranya terdapat terlalu banyak aset dan anda memerlukan bantuan untuk pengisian maklumat, sila emelkan senarai aset kepada pegawai_aset_isb@um.edu.my untuk tindakan lanjut oleh Pegawai Aset.
Setelah templat masterlist lengkap diisi, sila hantar kepada Pegawai Aset bagi tujuan semakan berkala di lokasi yang dinyatakan. Sekiranya aset telah disemak dan berada dalam keadaan baik, Pegawai Aset dan Pemilik Aset hendaklah menandatangani masterlist tersebut dan disimpan sebagai rekod rasmi.
TEMPLATE MASTERLIST ASET
👇
CONTOH PENGISIAN DATA ASET KE DALAM TEMPLATE MASTERLIST
👇