1. Bagi pengguna kali pertama sistem UMPOINT V3, pengesahan (verifikasi) e-mel UM perlu dilakukan selepas log masuk melalui pautan yang dihantar ke akaun UMMAIL.
2. Sebarang masalah selepas proses pengesahan e-mel hendaklah dilaporkan melalui sistem helpdesk untuk tindakan lanjut oleh pihak JTM.
3. Setelah berjaya log masuk ke sistem UMPOINT V3, sila rujuk video di atas sebagai panduan untuk menyemak senarai aset dan inventori yang didaftarkan di bawah nama tuan/puan. Setelah senarai aset dan inventori dipaparkan, sila cetak (print) senarai tersebut dalam bentuk format PDF. Seterusnya, serahkan senarai berkenaan kepada Pegawai Aset melalui emel bagi tujuan tindakan pemeriksaan aset dan inventori.