Je:MALIS ialah set data kurasi dan peta interaktif lokasi syarikat berkaitan Jepun di Malaysia. Data dibersihkan dalam Excel, digeokod menggunakan Power Query + OpenCage/OSM, dan diterbitkan sebagai CSV dengan koordinat.
Tujuan: pengajaran, penyelidikan dan makluman umum.
Unit: syarikat berkaitan Jepun yang beroperasi di Malaysia
Masa: tahun bermula
Koordinat: WGS84 (EPSG:4326), Latitude, Longitude (deg)
Ketepatan: titik alamat (anggaran); sebahagian lokasi ialah pejabat, bukan kilang
Himpun senarai syarikat daripada sumber awam/kurasi institusi.
Standardisasi medan (nama syarikat, alamat, poskod, negeri).
Geokod dengan fungsi Power Query (OpenCage/OSM).
Semakan kualiti: semak Confidence, MatchedAddress, dan luar julat geografi.
Terbit data.csv + peta Leaflet (GitHub Pages).
Nota: Sebahagian rekod alamat lama/pendek mungkin kurang tepat; pembetulan amat dialu-alukan.
Lokasi adalah anggaran; jangan guna untuk penentuan undang-undang atau alamat tepat.
Status syarikat boleh berubah (pindah/tutup).
Skor Confidence adalah relatif, bukan meter ketepatan.
Elakkan inferens sensitif di skala mikro. Paparan peta tidak menyiratkan sokongan rasmi.
© 2025 Rohayati Paidi, Universiti Malaya. Hak cipta terpelihara. Set data dan peta ini boleh digunakan untuk pengajaran dan penyelidikan bukan komersial dengan atribusi kepada “JeMA:LIS (Rohayati Paidi/Universiti Malaya)”. Penggunaan komersial, pengedaran semula, pengumpulan automatik (scraping) atau penerbitan semula pukal memerlukan kebenaran bertulis. Sila petik sumber dan pautan asal jika menerbitkan rajah/peta berasaskan data ini. Pembetulan amat dialu-alukan di rohayatipaidi@um.edu.my.