Tentang Kami

Ikuti sejarah penubuhan awal PKPK sehingga kami yang hari ini

Latar Belakang

PsiTra Klinik Psikologi dan Konsultasi (PKPK) telah ditubuhkan dan beroperasi bermula pada tahun 2018 dengan nama Unit Pakar Kesejahteraan Psikologi dan Kaunseling (UKPK).

Beberapa tahun kemudian, UKPK telah re-branding semula dengan nama baharu iaitu PsiTra Klinik Psikologi dan Konsultasi atau lebih mesra dengan panggilan PKPK sehingga kini.

PKPK menawarkan perkhidmatan psikologi yang merangkumi pelbagai prospek psikologi seperti kaunseling, intervensi dan diagnosis perkembangan awal kanak-kanak serta dewasa, psikologi klinikal, psikologi industri & organisasi dan sebagainya. PKPK mempunyai tenaga pakar dalam kalangan pensyarah dan juga konsultan yang profesional, berpengalaman dan berkredibiliti.

Bukan itu sahaja, malah PKPK juga menawarkan perkhidmatan profesional kerja sosial seperti kursus penjagaan warga emas dan OKU, kesukarelawanan dan sebagainya. 

Fasiliti Kami

PsiTra Klinik Psikologi dan Konsultasi
Blok A Aras 4

PKPK Aras 6 - Makmal Kaunseling
Blok D Aras 6

Makmal Perkembangan Kanak-Kanak
Blok E Aras 2