Bina Kerjaya Bersama Kami

Ayuh sertai pasukan kami dan membina kerjaya anda di PKPK

Kerjaya di PsiTra Klinik Psikologi dan Konsultasi

PsiTra Klinik Psikologi dan Konsultasi (PKPK) sering menitik beratkan kerja multidisiplin yang terdiri daripada pelbagai bidang profesional seperti kaunselor, ahli psikologi klinikal, ahli psikologi perkembangan dan lain-lain. Keadaan ini sememangnya sangat mencabar dan sebenarnya sangat membantu meluaskan pengalaman dan kemahiran pekerja.


Oleh hal demikian, bekerja di PKPK, kita berpeluang bekerjasama dengan ahli pasukan yang lain bidang dan belajar untuk menyelesaikan suatu isu bersama-sama. 

Kenapa di PsiTra Klinik Psikologi dan Konsultasi?

PsiTra Klinik Psikologi dan Konsultasi (PKPK) ini teletak di lokasi yang strategik dan mudah diakses iaitu di Bangi yang menjadi titik tengah untuk klien yang berada di Kuala Lumpur, Kajang, Putrajaya dan berhampiran dengannya.

Selain daripada kemudahan, susun atur & persekitaran premis juga sangatlah selesa dan cantik.

Latihan Industri di PsiTra Klinik Psikologi dan Konsultasi

PsiTra Klinik Psikologi dan Konsultasi (PKPK) juga menawarkan program latihan industri kepada para graduan yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda untuk menjalani latihan industri di klinik kami.

Berminat untuk menjalani latihan industri di PKPK? Emelkan resume anda kepada kami di pkpkukm@ukm.edu.my.