1) Penginapan : Meluluskan permohonan pelajar yang mendaftar dan layak untuk menginap di kolej kediaman pelajar mengikut kapasiti semasa.
2) Makanan : Memastikan perkhidmatan makanan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh UiTM.
3) Pembangunan Pelajar : Menawarkan kepelbagaian program pembangunan pelajar kepada semua pelajar di kolej kediaman.
4) Keselamatan : Memastikan penghuni kolej selamat selaras dengan dasar dan objektif keselamatan UiTM.
5) Kemudahan : Mempertingkatkan penggunaan kemudahan dan kualiti perkhidmatan di kolej untuk manfaat semua pelajar di kolej.
6) Persekitaran : Memastikan persekitaran kolej kediaman sesuai untuk penginapan dan pembelajaran selaras dengan dasar persekitaran UiTM.
7) Perkhidmatan/Pentadbiran:
i) Melayan urusan di kaunter pejabat tidak melebihi 5 minit.
ii) Meluluskan permohonan pinjaman peralatan yang lengkap dalam tempoh 1 hingga 24 jam.
iii) Memberi maklumbalas terjadap aduan/komen/cadangan dalam tempoh 1 hingga 5 hari bekerja.
8) Umum : Layanan mesra, cepat dan bertanggungjawab.