Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP)
UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang
Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP) diwujudkan khas untuk memberi perkhidmatan kebajikan kepada pelajar sama ada dari segi lahiriah mahupun dari segi rohaniah. Kepentingan unit ini semakin jelas kelihatan apabila wujudnya Akta 174 / Akta Institusi-Institusi Pelajaran. Konsep sebenar URHP adalah berlandaskan falsafah Piagam UiTM dengan tujuan untuk menyediakan kemudahan prasarana yang selesa kepada semua penghuni kolej supaya menjadi bumiputera yang cemerlang dalam bidang akademik dan segala aspek kehidupan seharian yang lain.
UPHP diwujudkan bagi menyelaras penempatan pelajar dan kemudahan pelajar di kolej-kolej kediaman. Menyelaraskan segala keputusan dasar baru HEP berkaitan dengan penempatan pelajar dan makanan pelajar disemua kolej-kolej kediaman. Unit ini turut bertanggungjawab terhadap kebajikan, keselamatan dan penyediaan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan dengan pelajar.