Teknologi marin lesatri merangkumi pelbagai inovasi saintifik dan kejuruteraan yang digunakan untuk meneroka, mengurus, dan memanfaatkan sumber lautan secara lestari.
Teknologi marin lestari melibatkan bidang seperti oseanografi, kejuruteraan, bioteknologi, pemetaan dasar laut, serta teknologi tenaga boleh diperbaharui daripada ombak dan arus laut.
Dengan kemajuan teknologi ini, manusia dapat memahami ekosistem laut dengan lebih mendalam, sekali gus membangunkan kaedah yang lebih cekap untuk menjaga dan memulihara sumber marin.
Dari segi kelestarian, teknologi marin memainkan peranan penting dalam memastikan keseimbangan ekosistem lautan, alam sekitar serta penggunaan sumber secara mampan.
Selain itu, bioteknologi marin membolehkan kajian terhadap organisma laut bagi tujuan perubatan dan pemuliharaan.
Dalam sektor perikanan, teknologi seperti sistem akuakultur pintar bagi melengkapi keperluan dan mengawal penangkapan ikan berlebihan serta melindungi habitat semula jadi.
Secara keseluruhannya, teknologi marin bukan sahaja menyokong pembangunan ekonomi yang berasaskan laut, tetapi juga memastikan keseimbangan ekosistem marin agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang.