Fakulti Sains Gunaan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis Kampus Arau menawarkan pelbagai program pengajian: Diploma, Sarjana Muda, dan pengajian pascasiswazah.
Pelbagai program akademik yang ditawarkan di fakulti sentiasa dipantau dan dinilai mengikut perkembangan semasa dalam bidang sains dan teknologi.
Graduan kami mempunyai prospek kerjaya yang cerah, dan sebahagian besar graduan memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah yang ditawarkan oleh fakulti.
Dengan bilangan pensyarah hampir 100 orang, fakulti menawarkan program akademik yang unggul, dari peringkat diploma hingga PhD.
Terdiri dari lima jabatan utama, FSG UiTM Perlis disokong oleh:
Jabatan Kimia
Jabatan Fizik
Jabatan Biologi
Jabatan Teknologi Polimer
Jabatan Teknologi Marin