PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kolej Pengajian Kejuruteraan diketuai oleh Ketua Pentadbiran, Kolej Pengajian Kejuruteraan. Bahagian ini bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berkaitan perjawatan, urusan-urusan perkhidmatan, saraan, kemudahan serta kenaikan pangkat dan kemajuan kerjaya staf.

Pengurusan Sumber Manusia bertanggungjawab dalam menghasilkan staf yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti melalui perancangan, pengurusan sumber manusia secara cekap dan berkesan bagi mencapai objektif organisasi.