PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA


PERMOHONAN  KELULUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PANEL PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (PPSM)


*Semua permohonan yang menggunakan peruntukan Pengurusan/Geran/ILD/Pihak Luar (Penganjur) perlu mendapat sokongan dan kelulusan daripada  Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM), KPK.*

 

Senarai permohonan bagi mendapatkan sokongan dan kelulusan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) meliputi:

 

i.   Penyertaan Program Latihan/ Seminar/ Webinar

ii.  Penganjuran Program/ Bengkel/ Konferensi / 

iii. Pembentangan Kertas Kerja dalam Konferensi/ Webinar / Pembayaran Yuran Jurnal Berindeks

iv. Latihan 

v.  Cuti Sabatikal

vi. Urusan Berkaitan Cuti Belajar Staf/ Biasiswa Staf



Hanya permohonan dengan dokumen yang lengkap sahaja dan telah mendapat ulasan/ sokongan Koordinator Bidang dan/ atau Ketua Pengajian akan dibawa ke mesyuarat.  Permohonan yang melibatkan pembentangan kertas kerja, perlu melalui Pejabat Dekan Penyelidikan & Inovasi dan mendapatkan ulasan daripada Dekan Penyelidikan & Inovasi terlebih dahulu.  Sehubungan itu, permohonan mestilah dikemukakan secara hardcopy.



Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada :



Puan Siti Aishah Mat Jaya melalui emel : sitiaishah223@uitm.edu.my

Puan Zahbah Aldurra Rohmat melalui emel : aldurra@uitm.edu.my 

Encik Zulkifli A Rahman melalui emel : zulki061@uitm.edu.my




PERINGATAN MESRA: 


Bagi permohonan membentang kertas kerja di negara luar (selain negara ASEAN), staf perlu kemukakan permohonan secara dalam talian melalui sistem e-International. (Internet-Based System).   YBhg. Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan juga perlu menghantar borang-borang seperti berikut : 



i.  Borang Permohonan (dicetak melalui E-International) berserta bukti yang berkaitan.

ii. Borang Maklumbalas PPSM.


Borang i dan ii tersebut perlu dihantar ke Pejabat Penyelidikan & Jaringan Industri untuk mendapatkan ulasan Dekan PJI sebelum mendapat sokongan di peringkat PPSM. 



Tempoh permohonan: sekurang-kurangnya 30 hari sebelum program yang ingin disertai. Sistem akan menolak by default sekiranya melewati tempoh yang ditetapkan.  Kegagalan memenuhi tempoh yang ditetapkan boleh mempengaruhi keputusan jawatankuasa. 

 

NOTA PENTING:  

Permohonan yang dihantar selepas program dijalankan berkemungkinan tidak akan dipertimbangkan. Walaubagaimanapun, sebarang keputusan bergantung kepada bidang kuasa Panel Pembangunan Profesional dan Sumber Manusia (PPSM).

 

 


TAKWIM MESYUARAT PANEL PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

TAKWIM MESYUARAT KPK 2022_ v5 8 APRIL 2022.xlsx