Permohonan Pengecualian Kredit

PENGECUALIAN KREDIT IJAZAH SARJANA MUDA DI BAWAH PENGAJIAN KEJURUTERAAN KIMIA BAGI LEPASAN DIPLOMA PROGRAM EH110 (DIPLOMA IN CHEMICAL ENGINEERING), PENGAJIAN KEJURUTERAAN KIMIA UiTM 

Bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda di bawah Pengajian Kejuruteraan Kimia dari lepasan Diploma Program EH110, beberapa kod yang telah dikenalpasti oleh Pengajian Kejuruteraan Kimia akan diberikan Pengecualian Kredit (PC) semasa di awal pendaftaran kursus. 

Justeru bagi pelajar dari lepasan Diploma EH110, mereka akan mendaftar sebagai pelajar semester 3 bagi program CEEH220 atau semester 2 program CEEH243.

PENGECUALIAN KREDIT IJAZAH SARJANA MUDA DI BAWAH PENGAJIAN KEJURUTERAAN KIMIA BAGI LEPASAN DIPLOMA UiTM (SELAIN DIPLOMA EH110) DAN DIPLOMA LEPASAN UNIVERSITI LAIN

Bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda di bawah Pengajian Kejuruteraan Kimia dari lepasan Diploma UiTM (selain Diploma EH110) dan Diploma lepasan universiti lain, mereka akan mendaftar sebagai pelajar semester 1 bagi program CEEH220 dan CEEH243.


Sekiranya pelajar ingin memohon Pengecualian Kredit (PC) bagi kod kursus tertentu, mereka perlu menghantar dokumen seperti berikut:


1. Borang Permohonan Pengecualian Kredit (PC)

2. Lesson plan bagi kursus yang melibatkan permohonan PC.

3. Salinan Transcript Diploma UiTM / IPTA terdahulu.


Ketiga - tiga dokumen ini perlu dihantar kepada Penyelaras Program  melalui pautan seperi berikut:


Penyelaras Program - Dr. Hawaiah Imam Maarof @ L.Maarof


Penyelaras Program CEEH243 - Pn Nurul Aimi Ghazali


Lampiran: Borang Permohonan Pengecualian Kredit (PC)

Borang Pengecualian Kredit PKK.docx