MAKLUMAT PENDAFTARAN PELAJAR BARU: FAKULTI KEJURUTERAAN KIIMA
Selamat datang kepada semua pelajar baru ke Fakulti Kejuruteraan Kimia.
Untuk makluman semua, program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM Shah Alam adalah seperti berikut:
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kimia (EH220)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Minyak dan Gas (EH243)
Mengenalpasti kumpulan pelajar yang telah ditetapkan oleh pihak HEA FKK.
Mendapatkan Pelan Pengajian daripada Penyelaras Program.
Mendaftar kursus mengikut kod kursus dan kumpulan yang telah ditetapkan oleh pihak HEA FKK melalui platform i-Student Portal.
Semua pelajar dari kemasukan matrikulasi, asasi dan diploma selain Diploma Kejuruteraan Kimia UiTM (EH110) akan mendaftar sebagai pelajar semester 1 bagi program EH220 dan EH243.
Pelajar dari kemasukan Diploma Kejuruteraan Kimia UiTM (EH110/CEEH110) akan mendaftar sebagai pelajar semester 3 program EH220 dan pelajar semester 2 program EH243