SEBARANG AKTIVITI PELAJAR ADALAH TERTAKLUK KEPADA SEKSYEN 8 (1) AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976
KEPIMPINAN HOLISTIK,TONGGAK REVOLUSI
Sebuah persatuan yang memfokuskan kepada jaringan global dan peluang pendidikan seperti biasiswa dan program pertukaran pelajar.Â
ChM. Dr. Mohd Izwan Bin Mohamad Yusof
Muhammad Fariz Bin Malomlee
Najwa Binti Zaidi
KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI (KPO 2025): ESI - IDART
24 - 25 JANUARI 2025 | DK DELTA FSG
Program Kursus Pengurusan Organisasi 2025 adalah sebuah program yang dijalankan bagi memperkukuh aspek kepimpinan, terutama dalam kalangan pemimpin pelajar di Fakulti Sains Gunaan. Penyertaan mahasiswa dalam program ini adalah sangat signifikan kerana ia memberikan pendedahan mendalam tentang pengurusan organisasi yang sistematik, pendokumentasian persatuan yang berkesan, serta pembangunan kemahiran insaniah yang kritikal untuk memimpin persatuan dengan cemerlang.
MAJLIS APRESIASI PERSATUAN: MENGIKTIRAF KEPIMPINAN DAN DEDIKASI
19 JANUARI 2025 | RUANG LEGAR MENARA SAAS
Program Majlis Apresiasi Persatuan FSG: Mengiktiraf Kepimpinan dan Dedikasi adalah sebuah program yang dijalankan bagi memberi penghargaan kepada persatuan - persatuan Fakulti Sains Gunaan bagi khidmat dan bakti mereka sepanjang memegang tampuk kepimpinan sesi 2023/2024 sekaligus memperkukuh kepimpinan setiap individu mahupun para pemimpin persatuan akan datang.
PROGRAM PODCAST NGOPI SESSION 24/25: LEADERSHIP INSIGHT
5 JANUARI 2025 | PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK
Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada mahasiswa Fakulti Sains Gunaan mengenai hala tuju dan peluang kerjaya yang diperoleh alumni fakulti ini melalui syarikat - syarikat terlibat. Antara tetamu jemputan adalah Prof. Dr. Mohd Rozi Ahmad (Dekan FSG), Muhammad Hail Haris (Alumni), Mohd Rahmat @ Chef Kecik (Alumni), Muhammad Danial (Alumni) dan Mohd Taufiq (Alumni)
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
14 JANUARI 2025 | BILIK SEMINAR A401 FSG
Program Mesyuarat Agung Tahunan Sekretariat Mahasiswa Fakulti, Fakulti Sains Gunaan adalah sebuah program yang bertujuan untuk membentangkan laporan aktiviti tahunan dan laporan kewangan tahunan bagi Sekretariat Mahasiswa Fakulti, Fakulti Sains Gunaan Sesi 2023/2024 serta melantik dan memperkenalkan barisan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) Fakulti Sains Gunaan sesi 2024/2025 kepada pengurusan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Sains Gunaan.
KEMBALI