SEBARANG AKTIVITI PELAJAR ADALAH TERTAKLUK KEPADA SEKSYEN 8 (1) AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976
Applied Science Youth Care Crew adalah persatuan dibawah Fakulti Sains Gunaan yang ditubuhkan bagi melaksanakan aktiviti kesukarelawanan selain menjaga kebajikan warga FSG.
Dr. Suzana Binti Ratim
Ahmad Nadzir Bin Rajak
Nur Athirah Ahnaf Binti Khairuddin
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ASYCC SESI 2024/2025
8 JANUARI 2025 | DK GAMMA FSG
Mesyuarat Agung Tahunan sesi 2024/2025 adalah sebuah program yang dijalankan bagi memperkenalkan ahli jawatankuasa persatuan Applied Science Youth Care Crew (ASYCC) sesi 2024/2025 serta membentangkan perancangan program-program yang bakal dijalankan pada sesi 2024/2025.
SAHABAT FSG: LANGKAH PERTAMA BERSAMA KAUNSELOR
26 APRIL 2025 | ATAS TALIAN
Program Sahabat FSG: Langkah Pertama Bersama Kaunselor adalah sebuah program yang dijalankan dianjurkan khusus untuk pelajar baharu Fakulti Sains Gunaan (FSG) sebagai platform awal untuk mengenali peranan kaunselor serta mendapatkan sokongan emosi dan motivasi dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus.
MYCEKAP BELIA: BENGKEL PEMERKASAAN DIGITAL
03 MEI 2025 | PUSAT NADI, KLANG
Program MyCEKAP Belia: Bengkel Pemerkasaan Digital adalah sebuah program yang dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada mahasiswa Orang Kurang Upaya (OKU) di Institut pengajian tinggi mengenai kemahiran digital dan ICT. Kemahiran ini dapat memberi impak kepada proses pembelajaran, mempertingkatkan komunikasi dan memperkukuhkan kebolehpasaran graduan OKU.
VOICES UNHEARD: EMPATHY AND SUPPORT (VUES) 2025
14 JUN - 28 JUN 2025 | SEKITAR FAKULTI SAINS GUNAAN, PADANG HOKI, DAN DATARAN CENDEKIA UiTM SHAH ALAM
Program Voices Unheard: Empathy And Support (VUES) 2025 adalah sebuah inisiatif yang dirangka untuk menyokong kesejahteraan emosi para mahasiswa dengan menyediakan aktiviti untuk melepaskan tekanan dan stres, terutamanya dalam minggu-minggu kritikal semester di universiti. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara mahasiswa serta meningkatkan tahap kesedaran para mahasiswa tentang kepentingan mengendalikan masalah kesihatan mental dengan baik.
FINANCE FIESTA: LEARN, PLAY, WIN
29 JUN 2025 | BILIK SEMINAR EPSILON A401
Program Finance Fiesta: Learn, Play, Win! adalah sebuah program yang dijalankan bagi menyokong usaha Fun(d) for Life EDISI UNI yang dibawakan oleh FWD Insurance Berhad dan Arus Academy bertujuan untuk memperkasa belia melalui program literasi kewangan. Program ini merangkumi sesi forum perbincangan dan pembelajaran berkaitan kewangan bagi belia, meliputi aspek pengurusan dan perancangan kewangan, pendedahan kepada risiko kewangan dan mengenal pasti matlamat kewangan.
MAGIC BY SCIENCE FSG X SK KUALA AMPANG 2
2 JULAI 2025 | SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA AMPANG 2
Program MAGIC BY SCIENCE FSG x SK Kuala Ampang 2 merupakan sebuah inisiatif yang menyokong pelaksanaan University Social Responsibility (USR) dan Knowledge Transfer Programme (KTP) melalui pendekatan interaktif dalam pendidikan sains kepada pelajar sekolah. Melalui inisiatif ini, pelajar berpeluang memperoleh pemahaman yang lebih mendalam secara praktikal serta dipupuk minat untuk meneroka dan mendalami bidang fizik dan STEM secara holistik.
Program Bersama
Ahli Parlimen Peringkat Kebangsaan: WOW Health Tour Ke Arah Kesihatan
Optimum Tahun 2025
6 JULAI 2025 | PUSAT KOMUNITI PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 17 TIMUR DAN BARAT
Program Bersama Ahli Parlimen Peringkat Kebangsaan: WOW Health Tour Ke Arah Kesihatan Optimum Tahun 2025, Anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Penduduk Seksyen 17 Timur Dan Barat dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling adalah sebuah program yang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan melalui pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah kesihatan “War on Sugar”, aktiviti senaman, serta pelbagai pameran.
KEMBALI