Untuk makluman kepada semua pelajar Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Kampus Puncak Alam, pada semester pendek (SS2) 202533 yang akan datang, pihak fakulti akan menawarkan beberapa kod kursus semester pendek
Sebagai makluman saudara/saudari SEMESTER PENDEK ditawarkan kepada pelajar mengikut struktur pelan pengajian program akademik yang telah diluluskan. Oleh itu semester pendek adalah wajib. Pelajar boleh mengambil maksimum tiga (3) kod kursus dan setiap kursus akan dikenakan yuran sebanyak RM200.
Sekiranya mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi En Sazwan Shamsuddin, Pegawai Eksekutif Kanan, Pejabat Akademik, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan ditalian 03-3258 7024 atau WhatsApp: https://wa.me/message/QUTIWEYPD2ZFL1