Soalan 1 : Bilakah tarikh akhir untuk saya menjelaskan yuran pengajian semester ini?
Jawapan :
Tarikh akhir bayaran yuran boleh dirujuk pada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut:
Mohon rujuk : Kalendar Akademik UiTM
Soalan 2 : Saya mengalami masalah kewangan. Adakah saya boleh memohon penangguhan pembayaran yuran?
Jawapan :
Permohonan penangguhan pembayaran yuran adalah mengikut peringkat pengajian.
Bagi pelajar prasiswazah (selain dari pelajar iCEPS):
Bagi mengelakkan pelajar dari digugur taraf, pelajar boleh mohon penangguhan bayaran yuran.
Tempoh akhir bayaran yuran pengajian bagi pelajar yang diluluskan penangguhan bayaran boleh dirujuk pada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut:
Borang permohonan penangguhan pembayaran yuran pelajar prasiswazah boleh didapati dari link berikut:
Soalan 3 : Dimanakah saya boleh dapatkan struktur yuran?
Jawapan :
Surat pengesahan yuran boleh dijana melalui login iStudent Portal, dengan merujuk panduan di pautan ini : STRUKTUR YURAN
Soalan 4 : Saya adalah pelajar tajaan. Bagaimana cara untuk mengemaskini status tajaan dan membuat permohonan penangguhan pembayaran yuran?
Soalan 5 : Kenapa saya dikenakan tindakan Gugur Taraf?
Jawapan:
Rujuk INFOGRAFIK ini.
Saudara / saudari pelajar boleh mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting dengan merujuk kepada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut:
PERINGATAN GUGUR TARAF PELAJAR (GT)
Sebagai pelajar, anda perlu MENDAFTAR KURSUS dan MEMBAYAR YURAN dalam tempoh yang ditetapkan.
* Jika tidak, anda akan dikenakan tindakan GUGUR TARAF. Denda serta yuran proses pembatalan gugur taraf berjumlah RM 200.00 akan dikenakan.
(SIla rujuk kalendar akademik yang sedang berkuat kuasa melalui pautan berikut: Kalendar Akademik)
Sebagai pelajar, anda perlu membuat VALIDASI pendaftaran kursus.
* Jika tidak membuat validasi, anda berisiko kursus yang didaftarkan adalah tidak tepat.
(SIla rujuk pegawai akademik di fakulti masing-masing, melalui pautan berikut: Pegawai Akademik).
Jika anda ingin TAMBAH / GUGUR KURSUS SELEPAS TEMPOH VALIDASI, anda akan dikenakan yuran tambahan RM 100.00 bagi setiap kursus.
*Oleh itu, sila pastikan pendaftaran kursus dan pembayaran yuran dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dalam kalendar akademik.
Soalan 6 : Saya pelajar Sepenuh Masa Lanjut Tempoh (SML). Mengapa saya tiada bil yuran pengajian?
Jawapan:
Rujuk INFOGRAFIK ini.
Saudara / saudari pelajar boleh mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting dengan merujuk kepada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut: