PULAU PINANG, 30 April 2025 – Pengajian Kejuruteraan Elektrik UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengambil inisiatif mengadakan lawatan penanda aras ( benchmarking) ke dua institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Teknikal Malaysia, Melaka pada 30 April 2025.
Antara tujuan diadakan lawatan tersebut adalah mendapatkan maklumat-maklumat untuk penambahbaikan kurikulum Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) CEEE211 di bawah Pengajian Kejuruteraan Elektrik selaras dengan keperluan semasa serta Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).
Dalam lawatan tersebut, pihak UTeM telah diwakili oleh Ts. Dr. Abdul Halim bin Dahalan Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan. Perbincangan yang diadakan meliputi hal-hal berkaitan Programme Educational Objective (PEO), Programme Outcomes (PO), Outcome Based Education (OBE), akademik dan kurikulum bagi program CEEE211. Ia adalah sebagai persediaan untuk menghadapi akreditasi ETAC yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Selain itu, turut dibincangkan ialah program susulan yang boleh dilaksanakan sama ada melibatkan pelajar dan juga staf. Delegasi daripada PKE UiTMCPP juga turut dibawa melawat makmal, bengkel dan fasiliti yang terdapat di kedua-dua institusi tersebut.
Tarikh : 18 Ogos 2025 - 19 Ogos 2025
Masa : 9 pg - 5 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat Cenderawasih
Penceramah : Prof. Madya Ir. Dr. Zakaria Hussain
Satu bengkel pemurnian rubrik dan penilaian berasaskan Sydney Profile telah diadakan bagi semua subjek CEEE211. Sepanjang bengkel ini, setiap RP terlibat dalam proses pemurnian rubrik dan penilaian yang dipilih untuk disesuaikan dengan pelaksanaan Sydney Profile bagi subjek masing-masing. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini turut melibatkan sesi pembentangan oleh setiap RP mengenai rubrik dan penilaian subjek mereka. Sepanjang sesi, para RP menerima pandangan, nasihat serta cadangan penambahbaikan daripada panel penceramah, iaitu Prof. Madya Ir. Dr. Zakaria.
MESYUARAT PANEL PENASIHAT INDUSTRI (IAP) CEEE211 2025
MESYUARAT PANEL PENASIHAT INDUSTRI (IAP) CEEE211 2025
Dimaklumkan Mesyuarat IAP CEEE211 akan diadakan pada ketetapan berikut
Tarikh : 8 Oktober 2025 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tghri
Lokasi : Bilik Mesyuarat Cenderawasih
Kehadiran Semua Tenaga Pengajar CEEE211 diwajibkan memandangkan ini adalah lawatan terakhir IAP sebelum kehadiran Akreditasi sebenar dijangka pada Mac 2026.
Terima kasih
Unit Akreditasi
Tarikh : 19 Nov 2025
Masa : 8.00 AM – 5.00 PM
Tempat : Bilik Mesyuarat Cenderawasih
Penilai Luar : Prof. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail
Tarikh : 6 - 7 Jan 2026
Masa : 8.00 AM – 5.00 PM
Tempat : Bilik Mesyuarat Cenderawasih
Penilai dalaman :