Anugerah Akademik Universiti (AAU) merupakan anugerah tertinggi di peringkat Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dikhaskan bagi mengiktiraf dan menyanjung ahli akademik universiti yang telah mengharumkan nama UiTM dalam pelbagai bidang ilmu.
Sehubungan itu, pemberian anugerah ini adalah pengiktirafan tertinggi khusus untuk para akademia yang sedang atau pernah berkhidmat di UiTM berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang berikut :
Pengajaran
Penemuan Ilmu
Penulisan dan Penerbitan
Pemindahan dan Pengembangan Ilmu
Permohonan / pencalonan AAU dibuka hanya kepada ahli akademik warganegara Malaysia yang berkhidmat sepenuh masa, atau berjawatan hakiki, di Universiti Teknologi MARA (UITM) di seluruh kampus di Malaysia sepanjang tahun atau sebahagian daripada tahun yang dinilai kecuali Anugerah Tokoh Akademik.
" Kepada semua calon, yang bakal menerima anugerah mahupun sebaliknya, yakinlah bahawa tuan puan adalah warga akademik yang cemerlang. Marilah kita terus berbakti dengan penuh dedikasi dan semangat juang demi memartabatkan Universiti kita sebagai institusi terunggul di Malaysia dan di persada dunia. Anugerah yang diterima ini bukan sekadar pengiktirafan, bahkan sebagai amanah untuk terus menyumbang kepakaran, ilmu, dan inovasi demi kemajuan Universiti dan kesejahteraan negara. Ingatlah, kejayaan kita bukan hanya diukur pada pencapaian individu, tetapi sejauh mana kita mampu memberi impak positif kepada generasi akan datang. Bersama-sama, kita mampu mencipta legasi kebanggaan yang abadi untuk UiTM dan Malaysia tercinta. "
YBhg. Datuk Ariff Farhan Doss
Ahli Lembaga Pengarah Universiti (UiTM)
URUS SETIA ANUGERAH AKADEMIK UNIVERSITI (AAU)
Jabatan Akademik dan Antarabangsa (JAnA),
Aras 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA
Tel : 603 - 5544 3507
Emel : aau.uitm@gmail.com