Tujuh (7) kategori anugerah utama dianugerahkan kepada ahli akademik UiTM yang telah menyumbangkan kecemerlangan dan pencapaian terbaik dalam pelbagai bidang.
Sepuluh (10) kategori anugerah khas dianugerahkan kepada ahli akademik UiTM yang telah menyumbangkan kecemerlangan dan pencapaian terbaik dalam pelbagai bidang.
Permohonan / pencalonan AAU dibuka hanya kepada ahli akademik warganegara Malaysia yang berkhidmat sepenuh masa, atau berjawatan hakiki, di Universiti Teknologi MARA (UITM) di seluruh kampus di Malaysia sepanjang tahun atau sebahagian daripada tahun yang dinilai kecuali Anugerah Tokoh Akademik.
Permohonan/pencalonan Anugerah Akademik Universiti (AAU) dibuka hanya kepada ahli akademik warganegara Malaysia.
Anugerah ini tidak akan diberikan kepada mana-mana individu secara anumerta (posthumous). Sekiranya terdapat pemenang yang meninggal dunia selepas penilaian, maka bahagian anugerah yang layak untuknya akan diberikan kepada warisnya.
Permohonan bagi semua kategori AAU terbuka kepada ahli akademik yang berkhidmat sepenuh masa, atau berjawatan hakiki, di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di seluruh Malaysia sepanjang tahun atau sebahagian daripada tahun yang dinilai kecuali Anugerah Tokoh Akademik.
Sekiranya tiada pemohon yang layak bagi sesuatu kategori, maka anugerah bagi kategori tersebut tidak akan diberikan.
Pemenang AAU hanya akan menerima satu (1) anugerah sahaja pada siri AAU tersebut.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu, Jawatankuasa Penilaian AAU, Universiti Teknologi MARA (UiTM) berhak untuk menarik balik anugerah yang telah diberikan.
Pemohon hendaklah bebas daripada sebarang tempoh hukuman tatatertib unibersiti dan / atau prosiding tatatertib universiti dan / atau pendakwaan di mahkamah dan / atau bebas daripada sebarang pertuduhan yang menjatuhkan imej Universiti.
Pemohon turut perlu menyempurnakan sebarang ikatan kontrak bagi apa-apa bentuk penajaan atau pembiayaan kursus / latihan / pembelajaran sebelom mengemukakan permohonan (bagi yang berkenaan).
Keputusan Jawatankuasa Induk AAU adalah muktamad.
Permohonan/pencalonan hendaklah dikemukakan melalui Google Sites Anugerah Akademik Universiti (AAU) menggunakan pautan https://sites.google.com/uitm.edu.my/aau14
Permohonan/pencalonan hendaklah diperakukan oleh Ketua PTJ atau jawatan yang setaraf dengannya *. Sekiranya borang permohonan / pencalonan diperakukan oleh wakil / pemangkunya, surat penurunan kuasa daripada Ketua PTJ atau jawatan yang setaraf dengannya* perlu disertakan.
Borang permohonan / pencalonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sahih dan lengkap.
Ahli Jawatankuasa AAU boleh memohon dalam kategori yang lain daripada kategori keahliannya. Untuk memastikan ketelusan dan integriti AAU, AJK yang memohon dalam kategori yang sama keahliannya hanya boleh memohon setelah sekurang-kurangnya setahun tidak menjadi ahli.
Ahli Jawatankuasa Induk AAU tidak boleh memohon atau dicalonkan dalam mana-mana kategori AAN semasa menjadi ahli.
Tarikh tutup permohonan / pencalonan asal ialah pada 27 Jun 2024 (Khamis) jam 05:00 petang.
Kini telah dilanjutkan sehingga 08 Julai 2024 (Isnin) jam 05:00 petang.
Semua permohonan / pencalonan perlu diperakukan oleh Ketua PTJ atau jawatan yang setaraf dengannya* sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup.
Dokumen-dokumen seperti dibawah perlu sampai ke Urus Setia AAU sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.