Pertandingan Mathematical Olympiad (MO-IDM UiTM 2025) merupakan aktiviti utama program IDM UiTM 2025 yang menguji keupayaan minda peserta dalam menyelesaikan masalah matematik yang mencabar seperti kalkulus, algebra, trigonometri dan sebagainya. Peserta bebas menggunakan sebarang teori, logik mahupun formula matematik yang bersesuaian dengan kehendak soalan.
Pertandingan akan dijalankan pada ketetapan berikut:
Tarikh : Peringkat Saringan – 26 April 2025 (Sabtu)
Peringkat Akhir – 10 Mei 2025 (Sabtu)
Masa : 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Kaedah Pelaksanaan:
Peringkat Saringan – Atas Talian (Microsoft Teams)
Peringkat Akhir – Secara bersemuka
Lokasi Peringkat akhir:
Dewan Al-Ghazali (DAG), Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), UiTM Shah Alam
Lokasi: https://maps.app.goo.gl/YqosiRKkHgjnVwmt8
Penyertaan adalah mengikut tiga kategori dan butirannya adalah seperti berikut:
Pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan semasa majlis penutup program pada 17 Mei 2025 di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), saluran YouTube PPSM (https://www.youtube.com/@mathsc_uitm) dan laman Instagram IDM UiTM 2025 (https://www.instagram.com/idm.uitm/).
Syarat-syarat pertandingan:
a) Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia atau pelajar antarabangsa di sekolah dan universiti di seluruh Malaysia.
b) Penyertaan adalah secara individu dan mengikut kategori umur yang telah ditetapkan.
c) Pendaftaran dibuka mulai 14 Mac 2025 hingga 14 April 2025 dengan mengisi maklumat di pautan Google Form yang disediakan.
d) Bagi peringkat saringan secara atas talian, peserta dikehendaki menyertai Microsoft Teams sekurang-kurangnya 30 minit sebelum pertandingan bermula untuk sesi taklimat.
e) Bagi peringkat akhir secara fizikal, peserta dikehendaki berada di lokasi pertandingan 30 minit lebih awal bagi urusan pendaftaran dan persediaan sebelum pertandingan bermula.
f) Tempoh masa menjawab adalah 120 minit. Masa tambahan adalah tidak dibenarkan.
g) Bagi peringkat saringan, peserta diwajibkan membuka kamera sepanjang pertandingan berlangsung bagi tujuan verifikasi identiti dan pemantauan integriti pertandingan. Peserta hanya dibenarkan menggunakan kalkulator. Penggunaan sebarang aplikasi, termasuk ChatGPT adalah tidak dibenarkan. Sekiranya terdapat pelanggaran peraturan ini, penyertaan peserta boleh dibatalkan.
h) Bagi peringkat akhir, peserta hanya boleh membawa bersama alat tulis dan kalkulator ke dalam dewan pertandingan. Penggunaan sebarang gajet seperti komputer riba, telefon pintar dan jam pintar, adalah tidak dibenarkan semasa pertandingan.
i) Sebarang perbincangan semasa pertandingan adalah tidak dibenarkan.
j) Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan untuk pertandingan.
k) Ibubapa/Penjaga bagi peserta Kategori A perlu berada di pertandingan lokasi sepanjang MO-IDM UiTM berlansung..
l) Keselamatan peserta/penjaga adalah di bawah tanggungjawab sendiri.
m) Pengangkutan ke lokasi pertandingan tidak disediakan.
n) Peserta tidak berhak untuk menuntut bayaran atau gantirugi jika terdapat sebarang kehilangan, kos perbelanjaan, pengangkutan atau kerosakan yang timbul berkaitan dengan pengurusan aktiviti ini.
Penafian (Disclaimer):
a) Penyertaan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan akan dibatalkan.
b) Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
c) Tiada surat/sijil penghargaan untuk guru penasihat/pengiring.
d) Tiada markah PAJSK akan diberikan kepada peserta.