MODUL 6

Anda sebagai warga digital

Apa yang akan anda pelajari dalam modul ini

Pengenalan kepada watak-watak!

Angela 


Danish 


Zi Jie 


Zi Jie 

Loges

Pernahkah anda mendengar perkataan ‘warga digital’? 


Seorang warga digital merupakan seseorang yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan teknologi digital dengan yakin maka mereka memahami apa yang dilihat dalam talian, melibatkan diri secara positif dan berkomunikasi dengan orang lain. 

Anda masih ingat Angela, bukan?

Seperti anda, Angela dan watak-watak lain tersebut adalah warga digital. 


Sebagai seorang warga, Angela sentiasa mematuhi peraturan dan menghormati hak orang lain. Dengan berbuat demikian, dia mampu menikmati kehidupan terbaik. Sebagai contoh, dia boleh ke sekolah, meluangkan masa dengan rakan dan membeli barangan yang diperlukan atau dikehendaki. 

Menjadi warga digital tidak banyak bezanya dengan menjadi warga di dalam kehidupan sebenar!


Seorang warga digital yang baik boleh menggunakan pengetahuannya tentang teknologi digital dengan yakin, maka mereka memahami apa yang mereka lihat dalam talian, melibatkan diri secara positif, berkomunikasi dengan orang lain dan mencipta kandungan digital sendiri.

Terdapat 8 perkara yang boleh dilakukan oleh warga digital yang baik. Klik setiap ikon di dalam gambar di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 

Dasarnya, menjadi warga digital yang baik bermaksud menggunakan internet dengan berkesan sambil melayan orang lain dengan rasa hormat yang seperti anda jua inginkan. Sebahagian besar perkara ini terletak dalam mengetahui cara berkomunikasi dengan pengguna lain dalam dunia digital.

Identiti Dalam Talian


Cara kita berkomunikasi menggambarkan personaliti kita. Namun diri digital kita mungkin juga agak berbeza dengan diri kita yang sebenar.


Pada pendapat anda, adakah anda berkelakuan berbeza ketika berada di dalam talian? Atau adakah kelakuan anda sama sahaja?





Apa pun jua, satu perkara yang harus kekal sama bagi personaliti anda di dalam dan luar talian: menghormati dan bersopan terhadap orang lain.


Sama seperti di dunia sebenar, di dunia digital, kita harus peka tentang adab dan etika digital kita. Ada nama istimewa untuknya. Anda rasa, apakah panggilannya? 

Ya! Bunyinya mungkin aneh, tetapi itulah istilah yang betul.


Sekarang, ayuh berinteraksi dengan rakan Angela, Boi. Untuk bermula, sila taip di dalam kotak yang disediakan apabila diminta. Biarpun dalam aktiviti ini Boi hanyalah chatbot, ingatlah untuk mematuhi netika! 

Sekiranya anda diminta memilih sebuah emoji untuk menggambarkan perasaan anda ketika berbincang dengan Boi, gambarkan perasaan anda dan terangkan mengapa.  



Tuliskan buah fikiran anda di bawah!

Selepas anda menuliskan buah fikiran anda, letakkan komen di siaran sekurang-kurangnya seorang lagi individu. Jika anda mahu mencabar diri, letakkan komen di siaran dua lagi individu!



Perkara kecil seperti mengucapkan ‘terima kasih’ dan ‘tolong’ juga boleh membantu di dalam dunia digital. Fikirkan tentang Boi. 


Suka diingatkan, apabila berkomunikasi dengan orang lain, fikirkan tentang bagaimana anda ingin diperlakukan. Sekiranya anda mahu orang lain menghormati idea dan nilai anda, begitu juga orang lain.

Keterlibatan Dalam Talian Yang Positif

Klik pada ikon ‘i’ untuk membaca penerangan bagi setiap gambar. Jangan lupa untuk membaca gambar-gambar ini dengan mengikuti anak panah! Mulakan dengan membaca gambar di bahagian atas kiri. 

Menghormati orang lain ialah salah satu langkah yang boleh diambil untuk memastikan anda mengalami interaksi dalam talian yang baik. Setiap individu menggunakan internet mempunyai kepercayaan, nilai-nilai, perasaan dan cita-cita tersendiri.


Dengan menerima dan menghormati perbezaan antara satu sama lain, kita boleh menjadi warga digital yang bertanggungjawab dan berhemah. 

Kesimpulannya, kita harus mengingati 3 perkara apabila berkomunikasi dengan orang lain:

1. Hormat dan terima perbezaan pendapat

2. Praktikkan netika yang baik

3. Ingat nilai-nilai anda - jangan berbuat buruk terhadap orang lain.

Selain itu, kamu juga harus tahu bagaimana untuk mengamalkan keterlibatan dalam talian yang positif.

Kenapa, mungkin anda bertanya? Keterlibatan dalam talian yang positif membolehkan anda memahami, membantu dan berhubung dengan orang lain dalam talian dan menjadikan dunia dalam talian lebih selamat dan positif!

Terdapat 5 cara untuk mengamalkan keterlibatan dalam talian yang positif. 

Gambar di bawah merupakan gambar interaktif. Klik pada setiap nombor untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara mengamalkan keterlibatan dalam talian yang positif. 

Warga Digital Yang Tidak Baik

Kita telah berbincang mengenai perlunya mencipta persekitaran yang selamat dan bagaimana kita, sebagai warga digital yang baik, boleh membina dan mengekalkan persekitaran tersebut. Namun, jika ada warga digital yang baik, akan ada juga warga digital yang tidak baik.


Ayuh lihat 4 situasi yang dialami oleh Angela

Situasi 1

Image credit: Canva

Angela kini berusia 19 tahun! Dia menyiarkan gambar majlis sambutan hari jadinya di Instagram. Tiba-tiba dia menerima mesej daripada orang yang tidak dikenali bernama Danish…

Pada pendapat anda, mengapa Danish mahu mengirim mesej tersebut kepadanya? 

Animation credit: Canva

Situasi 2

Angela mempunyai blog mengenai kecergasan. Dia menyiarkan sebuah gambar dengan kapsyen ‘Sarapan ialah sajian terpenting dalam sehari’.

Beberapa minit kemudian seseorang menggunakan nama pengguna ‘zijie245’ meletakkan komen pada siaran tersebut, mengatakan ia membosankan dan ‘meletakkan gambar peribadi saya adalah lebih menarik’. 

Pada pendapat anda, mengapakah zijie245 mengatakan demikian?

Situasi 3

Cuba baca perbualan Angela dengan rakan dalam talian barunya, Andy. Adakah bendera merah (tanda amaran) di mana-mana?

Animation credit: Canva

Situasi 4

Angela ternampak sebuah siaran mengenai pekerjaan untuk pelajar yang menarik minatnya. Dia membuat keputusan untuk menghubungi orang yang menyiarkannya, Loges untuk mengetahui tentang prospeknya. Adakah respon tersebut aneh bagi anda?

Animation credit: Canva

Cuba padankan situasi dalam aktiviti di sebelah.

Gambar di bawah merupakan gambar interaktif. Klik butang yang bergerak untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang situasi yang dihadapi Angela.  

Gambaran Yang Lebih Meluas 

Ya, menjadi warga digital yang baik adalah penting dan ia tanggungjawab yang harus dijalankan oleh setiap warga digital. Namun ini cuma sebahagian daripada gambaran yang lebih meluas. Sebenarnya terdapat perkara lain yang harus dipertimbangkan apabila melibatkan diri dalam talian.

Gambar di bawah merupakan gambar interaktif. Klik pada setiap simbol (+) untuk mempelajari lebih lanjut!

Sebelum anda akhiri 

Dalam ruang di bawah, bolehkah anda memberi petua kepada Angela tentang cara mencipta persekitaran dalam talian yang positif?

 

Setelah menyiarkan respon anda, pastikan anda memberi komen di siaran seorang lagi individu.