MODUL 5

Kesejahteraan Digital 

Apa yang akan anda pelajari dalam modul ini


Angela membuat carian ke atas namanya di internet. Dia mendapati hasil cariannya mendedahkan siaran media sosialnya yang mempersendakan pelajar lain, serta komen jelik lain yang sebelum ini dirasakan “seronok”.


Bagaimana dengan anda? Cuba buat carian ke atas nama anda.


Reputasi Internet kita boleh menjadi anggapan seseorang tentang kita.


Apa sahaja yang kita siarkan di dalam talian boleh mempengaruhi bagaimana orang lain melihat kita dan bagaimana mereka menilai kita.

Ini berita baik jika maklumatnya positif, namun ia mungkin membinasakan jika komen atau foto yang tidak sopan tersebar di dalam talian. 

Article-Yes, College Admissions Officers Do Look at Applicants' Social Media, Survey Finds (1)-converted

Ringkasan - Kaunselor bimbingan sering memberi amaran kepada pelajar bahawa pegawai kemasukan kolej mungkin meninjau akaun media sosial pelajar. Sebuah kaji selidik terbaru oleh Kaplan Test Prep Company mengesahkan perkara ini setelah lebih seratus pegawai kemasukan kolej Amerika mengatakan mereka telah mengunjungi laman seperti Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bakal pelajar. 


Pada masa yang sama, apabila media sosial digunakan untuk tujuan yang baik, ia boleh mencipta pandangan pertama yang baik mengenai anda. Contohnya, sekiranya anda mengelolakan akaun Instagram yang menyebarkan kesedaran tentang kesihatan dan kesejahteraan mental, ia bukan sahaja membantu ramai orang tetapi turut menyerlahkan yang anda mempunyai minat mendalam tentang topik ini!

Kita harus ingat bahawa tidak kiralah tentang siapa atau untuk apa kita membuat siaran, maklumat tersebut boleh disalin dan disiarkan di tempat lain!

Apa yang boleh anda lakukan jika hasil carian yang anda perolehi kurang menyenangkan?


Semak semula tetapan privasi media sosial anda seperti yang telah kita pelajari dalam Modul 2.

Cerita yang Tular 

Angela menggunakan media sosial untuk menyiarkan tentang kehidupan sehariannya dan salah satu ceritanya telah tular! 

Bagaimanakah kejadian ini memberi kesan kepada Angela secara peribadi? 

Pilihan Dalam Talian 

Ingatlah bahawa anda yang mengawal kewujudan digital anda. Anda juga boleh mengawal apa yang anda lihat, apa yang anda dengar dan laman web yang mana anda kunjungi. 

Tahukah anda, siapa yang anda tambahkan sebagai rakan atau pengikut? 

Dengan berapa orangkah anda berkongsi sesebuah siaran? 

Hari ini, berikrarlah ke arah membuat pilihan dalam talian yang baik:


Batasan demi melindungi diri, hormat apabila berkomunikasi dengan yang lain 


Kita meluangkan banyak masa di dalam talian, dan ini boleh memberi kesan terhadap kesihatan dan kesejahteraan kita dengan cara yang berbeza.


Jika anda terasa sudah terlalu lama menggunakan komputer riba atau telefon dan mula berasa tidak selesa, mungkin sudah tiba masanya untuk berehat.


Fikirkan tentang emosi anda selepas meluangkan masa dalam talian — apakah perkara yang  telah anda baca atau lihat yang mempengaruhi kelakuan anda?


Apakah ada komen/siaran dalam talian yang membuatkan anda merasa sesuatu?

Sentiasa peka tentang bagaimana tingkah-laku digital anda memberi kesan kepada kehidupan sebenar anda dan tetapkan batasan untuk diri sendiri yang boleh membuatkan anda lebih selesa.


Ingatlah bahawa segalanya terletak pada keseimbangan antara menguruskan diri digital dan diri fizikal kita.

Berikut merupakan cara anda boleh menetapkan batasan yang sihat untuk diri sendiri.

Tekan butang (+) untuk maklumat lanjut: 

Rujukan: 

Community Reach Center. (2020, October 15). Social Media and Mental Health: Tips on Setting Boundaries (Media Sosial dan Kesihatan Mental: Petua Menetapkan Batasan). https://www.communityreachcenter.org/blog/social-media-and-mental-health-tips-on-setting-boundaries/ 

Zoella. (2020, August 31). 8 Ways to Create Healthy Boundaries Online (8 Cara Mencipta Batasan Sihat). https://zoella.co.uk/2020/08/31/8-ways-to-create-healthy-boundaries-online/ 

Belas kasihan dan berterima kasih 

Sambil kita mengekalkan kesejahteraan digital, adalah penting agar kita mengamalkan belas kasihan dan rasa berterima kasih kepada orang lain. 


Apakah antara cara anda boleh menunjukkan rasa berterima kasih kepada orang lain dalam talian?

Cabaran Berterima Kasih!


Siarkan komen positif pada siaran seseorang


Hantarkan mesej penghargaan kepada seorang rakan 

Buat siaran awam menghargai seseorang dalam hidup anda (rakan, ahli keluarga, guru) 

Image credit: Canva

Belas kasihan dan rasa berterima kasih menggalakkan manusia merasa emosi yang menyenangkan, menikmati saat yang mengagumkan, mempertingkatkan kesihatan, menghadapi kesusahan, dan membentuk hubungan yang bermakna.


Maka, adalah penting untuk selalu menzahirkan belas kasihan dan rasa berterima kasih dengan sedikit amalan ihsan setiap hari, bukan sahaja kepada orang lain tetapi juga untuk diri sendiri!

Sebelum anda akhiri modul ini,


Tuliskan nota yang indah atau penuh galakan kepada pelajar lain yang akan mempelajari modul ini supaya mereka terus bersemangat. Sambil itu, jangan lupa untuk membaca nota yang telah ditinggalkan untuk anda!