MODUL 4

Penipuan

Apa yang akan anda pelajari dalam modul ini


1. Keselamatan siber dan Penipuan

2. Mengesan Penipuan

3. Membeli-belah dalam talian dengan selamat

4. Melaporkan jenayah siber dan penipuan


Jam menunjukkan 4 petang, hari Sabtu. Angela sedang melayari internet apabila sebuah mesej diterima melalui Whatsapp.


Apakah pandangan pertama anda tentang mesej tersebut? Mahukah anda mendaftar untuk promosi di atas?

Mengesan Penipuan 

Penipuan merupakan tindakan yang boleh digunakan untuk memperdayakan seseorang untuk mendapatkan duit atau maklumat peribadi. Ia boleh berlaku melalui pelbagai cara, termasuklah aplikasi janji temu dalam talian, e-mel, laman media sosial, panggilan telefon, mesej teks dan banyak lagi.


Mari temui penipu tipikal .

Image credit: Canva

Penipu Kewangan

Image credit: Canva

Penipu cinta 

Image credit: Canva

Pencuri identiti atau maklumat perubatan

Image credit: Canva 

Penipu sokongan teknologi

Apa yang penipu mahukan? 

Tahukah anda? 


Penipu yang mencipta akaun atau identiti lain untuk memperdayakan orang supaya percaya bahawa mereka sedang berbual dengan orang yang benar-benar wujud dipanggil Catfishing.


Tonton Video Ini!

Membeli-belah Dalam Talian Dengan Selamat 

Anda juga boleh ditipu ketika membeli barangan dalam talian, terutama jika ia perlu dikirim. 

Ibu bapa Angela akan menyambut ulangtahun mereka sebulan lagi dan mereka teringin memiliki telefon pasangan yang sepadan. Oleh kerana tidak mahir teknologi, mereka meminta Angela membantu membuat tinjauan dan membeli sepasang telefon dalam talian.

Bantulah Angela meneliti tawaran-tawaran berikut untuk memastikan ia selamat untuk membuat belian. Tekan di mana-mana sahaja pada kad untuk meneliti tawaran: 

Tawaran manakah anda rasa Angela patut pilih? Kongsikan pendapat anda dalam Padlet di bawah. 

Selepas berkongsi pendapat anda, 'upvote' post kawan anda. 

Melaporkan Jenayah Siber dan Penipuan 

Awasi tanda amaran yang menunjukkan penipuan, yang mungkin berbentuk:



Image credit: Canva



Ingat, jika anda menjadi mangsa jenayah siber, perkara pertama yang harus anda lakukan adalah memberitahu seseorang dewasa.

Jika anda mengalami penipuan, adalah dinasihatkan agar:




Jika komputer anda mempunyai virus,


Anda boleh menentang penipuan dengan melindungi peranti anda dengan mengikuti langkah-langkah saranan ini:


Image credit: mcmc.gov.my


Di Malaysia, anda juga boleh melaporkan penipuan dan jenayah siber yang lain kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 


Ketahui cara membuat aduan ke SKMM di sini serta agensi lain di mana anda boleh membuat laporan penipuan, pencurian identiti dan penggodaman.


Berbincanglah dengan seseorang dewasa dahulu sebelum membeli atau memuat turun apa-apa perisian ke komputer anda. 

Bagaimana Melaporkan Penipuan 

Sekiranya anda terjumpa penipu atau aktiviti yang meragukan di media sosial, anda boleh melaporkan akaun mereka untuk diperiksa dengan mengikuti langkah-langkah ini. 

Sekiranya anda menggunakan aplikasi lain dan ingin melaporkan penipuan, anda boleh menyemak “Cara melaporkan penipuan di [Nama Aplikasi]” melalui carian Google dan ikuti langkah-langkah yang disediakan.


Angela hampir menjadi mangsa penipuan.


Maka, dia menulis blog tentang pengalamannya supaya rakan-rakannya berwaspada.

Terima kasih atas pertolongan anda

Angela sekarang tahu bagaimana untuk melindungi dirinya dari penipuan.