Tindakan dalam menangani berita palsu
Pengesahbetulan
Angela mendapati internet merupakan tempat yang menarik. Terdapat sangat banyak maklumat tentang pelbagai perkara!
Namun, memandangkan Angela masih baru mengenali dunia digital, dia mungkin tidak sedar bahawa maklumat yang dibaca dalam talian tidak semestinya benar.
Sila bantu Angela memahami jenis-jenis maklumat dan cara membezakan mereka.
Perspektif merupakan sudut pandang anda.
Adalah penting untuk anda mengetahui sudut pandang (pendapat) anda dan apa yang mempengaruhinya,
Klik pada tanda soal untuk mengetahui lebih lanjut!
Fakta merupakan sesuatu yang benar dan boleh dibuktikan atau disokong oleh satu atau lebih bahan bukti.
Sebuah pendapat ialah perspektif seseorang dan sesuatu yang tidak semestinya benar atau palsu.
Fakta ialah maklumat yang boleh dibuktikan sebagai benar.
Pendapat boleh berbentuk siaran peribadi, gif/meme/satira/ sindiran
Maklumat palsu lazimnya bertujuan untuk mengelirukan dan memperdayakan pengguna.
Tapi, apakah itu berita?
Selain kandungan yang dijana secara profesional, manusia kini menganggap media sosial/suapan berita, permesejan peribadi, audio siar (podcast) malahan perkara yang didengar daripada ahli keluarga dan rakan pula sebagai berita.
Sebelum kita teruskan, ayuh uji pengetahuan anda tentang berita palsu!
Sekiranya secebis maklumat itu bukanlah kandungan yang dijana secara profesional, anda harus berhati-hati kerana ia mungkin hanyalah pendapat seseorang dan bukannya fakta.
Dewasa ini, adalah amat penting bagi anda sebagai warga digital yang baik untuk mengikuti perkembangan semasa, bukan wartawan dan organisasi berita sahaja.
Pengesahbetulan
Edited with Canva
Dia menyiarkan gambarnya menjamah durian dan nangka di Facebook. Beberapa minit kemudian dia menerima mesej daripada temannya, mengatakan dia harus ke hospital, dan disertakan sebuah siaran yang dikongsi.
“Pelik,” fikir Angela. “Saya makan durian selepas memakan nangka dan saya rasa baik sahaja. Baik saya lakukan pengesahbetulan.”
Setelah melakukan sedikit pengesahbetulan, Angela mendapati maklumat tersebut palsu dan telah menimbulkan ketakutan di Taiwan! Pusat Penyemakan Fakta Taiwan menilaikan ia sebagai palsu.
Angela terus memberitahu rakannya malah melaporkan mesej yang dimajukan itu. Sekarang, sekurang-kurangnya temannya dan mungkin beberapa orang lain juga tidak akan ketakutan tanpa sebab.
Maklumat palsu sering membahayakan manusia, menakutkan mereka atau memburukkan mereka.
Pengesahbetulan membantu anda mengenalpasti maklumat yang boleh dipercayai daripada timbunan maklumat.
Maka adalah penting untuk mencari sumber maklumat yang dipercayai seperti WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) atau Kementerian Kesihatan tempatan.
Daripada contoh yang telah anda lihat, jelaslah bahawa mudah sekali untuk anda menemukan berita dan cerita palsu ketika melayari internet.
Sebagai warga digital yang baik, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengenalpasti dan melaporkan berita palsu jika perlu. Anda perlu memastikan anda tidak menjadi penyebar berita palsu!
Bagaimana caranya? Lakukan sendiri pengesahbetulan bagi berita yang anda baca!
Di bawah adalah dua artikel.
Baca dengan teliti dan cuba mengenal pasti jika berita tersebut adalah betul ataupun palsu
Langkah-langkah sebelum berkongsi berita kepada orang lain
Edited on Canva
Apa yang harus anda lakukan sekiranya terjumpa maklumat palsu?
Apakah kesan tindakan anda itu?
Berikut merupakan 4 langkah yang boleh anda ambil dan kesannya.
Apakah yang akan terjadi jika anda memilih untuk tidak mempedulikannya?
Kesannya, maklumat itu berpeluang mendapat lebih tontonan dan sukaan/perkongsian.
Apakah yang akan terjadi jika anda memilih untuk berkongsi/memberi sukaan?
Kesannya, maklumat itu berpeluang mendapat lebih tontonan dan sukaan/perkongsian.
Apakah yang akan terjadi jika anda memilih untuk menyekat pemilik siaran atau siaran itu sendiri?
Kesannya, siaran/pengguna tersebut tidak akan dapat dilihat dan anda tidak boleh dilihat oleh pengguna yang telah anda sekat. Dalam pada itu, pengguna lain masih boleh melihat siaran/pengguna tersebut.
Apakah yang akan terjadi jika anda memilih untuk melaporkan?
Kesannya, siaran/pengguna tersebut akan tertakluk kepada penilaian Facebook.
Melaporkan berita palsu di Facebook adalah mudah.
1. Perhatikan sebuah siaran
2. Klik butang pilihan di bucu atas kanan siaran - sama ada anak panah atau 3 titik
3. Ambil pillihan ‘Dapatkan Sokongan atau Laporkan Siaran’. Klik ‘Maklumat Palsu’
Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan apabila melihat maklumat ialah sama ada siaran itu organik ataupun sebuah Iklan daripada sebuah perniagaan. Organik bermaksud siaran itu telah diletakkan secara percuma dan bukannya iklan berbayar.
Apabila sesebuah siaran menunjukkan ‘ditaja’ di bahagian atas, itu bermakna sesiapa pun yang menyiarkannya telah dibayar untuk berbuat demikian, dan ia juga bermakna siaran tersebut telah melalui saringan tambahan untuk memastikan ia bukan maklumat palsu.
Keadaan ini sama di Instagram.
Untuk melapor siaran palsu, anda boleh melakukannya dengan mengklik tiga titik di bahagian atas kanan.
Periksa semula fakta sekiranya anda tidak pasti, terutamanya jika ia mesej yang dimajukan.
Ini dilakukan kerana sekiranya tidak diketahui sumbernya, ia adalah isyarat yang baik agar diperiksa kesahihan maklumat berkenaan.
Untuk Whatsapp, seperti yang boleh anda lihat di dalam gambar, sesebuah mesej akan ditandakan sama ada ia telah dimajukan.
Sebelum anda akhiri.
Di ruang di bawah, bolehkah anda membantu Angela untuk memastikan dia tidak berkongsi berita palsu?