MODUL 2

Jejak Digital Anda

Apa yang akan anda pelajari dalam modul ini

Angela kini berada di internet. Dia menyukai apa yang dapat dilakukannya di situ. 

Pada pendapat anda, apakah yang perlu Angela sedar mengenai aktiviti digitalnya?

Kesedaran Digital

Sama seperti identiti sebenar, kita juga akan memiliki versi digital diri sendiri berdasarkan aktiviti yang dilakukan di Internet.


Kita harus menyedari apakah maklumat mengenai kita yang kita biarkan pengguna lain lihat di Internet.

Often times our digital content are not perceived the same way as how we do. 

We need to be careful of what we put in the digital world and who can see them. 


What do you do when you are sharing your digital content?

Have you had any experiences where people misunderstood what you shared online?

Jejak Digital Peribadi

Kita harus mempertimbangkan sebaiknya maklumat tentang kita yang boleh dicari oleh pengguna lain.

Apabila maklumat peribadi kita berada di dalam Internet, sesiapa sahaja dari serata dunia boleh mengaksesnya melalui komputer mereka. Inilah jejak digital peribadi.

Bagaimanakah pengguna lain dapat mengakses maklumat tentang kita

Media Sosial

Orang ramai menggunakan media sosial untuk berkongsi tentang kehidupan mereka dengan orang lain. Ini termasuklah maklumat peribadi kita. Apakah maklumat yang boleh diketahui oleh orang lain daripada apa yang anda siarkan dalam talian?

Kuki




Organisasi boleh mendapatkan maklumat tentang anda bukan sahaja melalui siaran anda tetapi juga berdasarkan apa yang anda cari dan laman web yang anda kunjungi. Laman web menggunakan kuki untuk mengingati maklumat ini.

Apa itu kuki?

Kuki digunakan sebagai alat untuk mengingati maklumat tertentu tentang anda yang diperlukan oleh laman web.

Mengapa kita perlukan 

Kuki membantu laman web memberi anda pengalaman pengguna yang baik kerana laman web tersebut dapat mengingati aktiviti anda yang terdahulu.

Adakah kuki mengintip saya?

Sedikit sebanyak, kuki dapat mengumpulkan maklumat peribadi daripada pengguna. Ada baiknya jika ada kesedaran tentang data apakah yang dikumpul oleh kuki daripada anda.

Bagaimanakah kita boleh melindungi diri di dalam talian?

Kita boleh memilih untuk menguruskan kuki yang digunakan di laman web. Apabila anda mengunjungi sesebuah laman web, pilih ‘Urus Kuki’ (‘Manage Cookies’) ’


Berdasarkan apa yang telah anda pelajari, fikirkan mengapa melindungi identiti digital anda itu penting?

Apa itu privasi dan perlindungan data?

Apakah makna privasi bagi anda?

Privasi merujuk kepada bagaimana kita mengendalikan maklumat tentang diri sendiri.


Adalah penting agar kita menyedari kefahaman kita sendiri mengenai privasi dan mempertimbangkan sama ada kita selesa atau tidak dengan pemahaman tersebut. 

Lihat siaran Angela di bawah:

Image credit: Canva

Apakah maklumat tentang Angela yang anda ada sekarang?

Daripada siaran ini, seseorang boleh mengagak

Biarpun sebahagian daripada maklumat ini tidak berbahaya ataupun rahsia, anda patut mempertimbangkan dengan siapa anda mahu berkongsi maklumat sebegini.

Berikut merupakan soalan lain yang harus dipertimbangkan mengenai privasi: 

Here's a quick quiz to test how much you know about what data is considered private.

Tonton Video Ini!

Privasi dan Anda

Tahukah anda apakah tetapan privasi anda di setiap platform media sosial? 


Awam

Awam bermaksud sesiapa sahaja di laman media sosial boleh melihat apa sahaja yang anda siarkan. Namun dalam kes tertentu, anda mungkin boleh menyekat pengguna tertentu atau mengubah tetapan untuk siaran tertentu.

Peribadi

Peribadi bermaksud hanya pengikut yang dibenarkan atau rakan boleh melihat siaran anda. Di sesetengah laman, anda boleh mengubahnya, bergantung kepada siaran.

Sambil memeriksa tetapan privasi anda, berikut adalah soalan yang perlu ditanya: 


Angela berusia 13 tahun dan dia suka menyanyi. 


Dia merasa dia masih belum menguasainya, namun ingin berkongsi minatnya dengan rakan dan mendapatkan maklum balas terhadapnya. Dia bercadang untuk menambah video dirinya menyanyikan lagu kegemarannya di platform media sosial.


Kata Laluan

Bagaimana mencipta kata laluan yang kukuh:

Bagaimana mencipta kata laluan yang kukuh:


Sambungkan empat atau lebih perkataan yang tidak berkenaan untuk menyukarkan ia diteka


Cth. 45keju + kuda + tren + kata = 45kejukudatrenkata#

Penggodaman sosial/ kejuteraan sosial

Sekiranya seseorang mempunyai maklumat yang cukup tentang anda, mereka boleh meneka kata laluan anda!

Keselamatan Siber, Pemancingan Data dan Spam

Ketika menggunakan internet, anda mungkin terdedah kepada risiko keselamatan menerusi kunjungan ke halaman web, berkomunikasi dalam talian, atau memuat turun data.


Kadangkala, ada kemungkinan laman web yang anda akses, pengguna dalam rangkaian yang sama, atau pihak ketiga dapat mengenal pasti lokasi dan maklumat lain tentang anda ketika anda melayari internet.

Perisian Hasad

Apa itu perisian hasad?

Perisian hasad merupakan kod berbahaya yang beroperasi di dalam komputer anda. Ada perisian hasad yang boleh mengumpul data daripada komputer anda. Ia juga boleh membenarkan penggodam mengawal komputer anda.


Namun begitu kebanyakan perisian hasad lebih ringkas, contohnya laman web yang meniru portal selamat seperti bank atau perisian tambahan yang meletakkan iklan di pelayar untuk menjana pendapatan.


Risiko dalam taliam


Pemancingan Data vs Spam

Pemancingan Data


E-mel yang dikirim oleh penjenayah Internet yang menyamar sebagai e-mel daripada sumber yang sahih dan dipercayai  



Spam 



E-mel, mesej segera, atau mesej media sosial yang tidak diundang

Sebelum anda akhiri...

Bagaimanakah anda boleh membantu Angela mengurus identiti digital dan melindungi dirinya?