Apa itu internet
Jenis-jenis maklumat digital
Bagaimana menyambung ke internet
Bagaimana menggunakan internet
Rakan anda Angela baru sahaja mendapatkan sebuah komputer riba baharu untuk kerja sekolah. Dia teruja hendak menyertai teman untuk belajar dalam talian dan meneroka isi kandungan internet.
Cuba bantu Angela memahami apa itu Internet dan bagaimanakah dia boleh menggunakan Internet.
Bagaimana jika kesemua maklumat yang anda perlukan tidak ada? Anda mungkin perlu ke sebuah lagi perpustakaan untuk mencari sumber lain.
Dewasa ini, hampir semua maklumat yang ada terhasil dalam bentuk digital.
Terdapat 2 cara untuk menyambung ke Internet. Kita boleh menyambung melalui kabel atau secara nirwayar ke penghala internet (router). Dari situ, ia disambungkan ke pembekal perkhidmatan internet.
Di peringkat global, Internet juga tersambung melalui 2 cara. Kabel gentian optik diletakkan di dasar laut untuk menghubungkan bahagian-bahagian benua yang berbeza.
Kita juga boleh menyambung ke serata dunia tanpa wayar melalui menara komunikasi dan satelit.
Tonton Video Ini!
Apa jua kandungan yang terletak di dalam komputer dikenali sebagai maklumat digital atau data. Ia wujud dalam bentuk perduaan 1 dan 0.
Semakin besar jumlah data, semakin lama masa diperlukan untuk memindahkannya. Semakin pantas kelajuan internet, semakin cepat sejumlah data yang sama itu boleh dipindahkan.
Kita boleh mengakses internet nirwayar, atau wi-fi, menerusi pelbagai jenis sambungan.
Orang lain boleh:
Melihat maklumat anda
Mencuri maklumat yang anda hantar
Memerhatikan apa yang anda lakukan
Rangkaian tempat anda mendaftar masuk ialah nama rangkaian yang diwakilinya
Pemilik mendayakan protokol penyulitan pada penghala
Protokol penyulitan lazim:
Kerahsiaan Kesetaraan Berwayar (atau Wired Equivalent Privacy/WEP)
Akses Yang Dilindungi Internet Nirwayar/Wireless Internet Protected Access (WPA), atau
WPA2
HTTPS merupakan piawaian yang digunakan oleh laman web untuk penyulitan data yang disalurkan melalui internet.
Ia ditambah di hadapan URL yang anda gunakan (cth https://www.mysite.com). Tidak semua laman web menyokong HTTPS
HTTPS boleh:
Menghalang pihak ketiga daripada melihat data daripada sambungan anda dengan mudah
Memberi lapisan keselamatan tambahan
Sebuah bentuk komunikasi awal di Internet yang masih digunakan sehingga hari ini ialah E-mel atau Mel-Elektronik.
Kita menggunakannya untuk berhubung dengan manusia, dan ia lebih pantas daripada surat biasa.
Kita menggunakannya untuk memohon pekerjaan, dan resume akan dilampirkan di dalam e-mel.
Kita juga menggunakan e-mel untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan dengan pantas.
Platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Tik Tok, YouTube dan banyak lagi dibangunkan di Internet bagi menyediakan platform untuk berhubung.
Terdapat banyak platform di Internet yang kita gunakan untuk mencari maklumat dan berhubung dengan pengguna lain.
Platform utama yang kita gunakan untuk mencari maklumat ialah:
Terdapat banyak enjin carian yang berbeza yang mengandungi laman web. Anda boleh menggunakan enjin carian ini untuk mencari maklumat berkenaan topik yang diminati.
Terdapat banyak platform berbeza untuk komunikasi, ada yang formal, dan sesetengah lagi untuk komunikasi tidak formal. Ayuh kenali mereka!
Aplikasi Pemesejan Segera
Untuk berhubung dengan rakan dan berbual dengan keluarga menerusi teks, kita boleh menggunakan aplikasi pemesejan segera. (Tidak formal)
Forum Web
Ada pengguna yang suka mengenali rakan baru dan berkongsi maklumat di laman web forum. Laman sebegini merupakan ruang untuk penggemar sesuatu hobi atau minat yang pelbagai untuk berbincang mengenai minat mereka yang sama. (Tidak formal)
E-Mel
Sekiranya anda perlu menyampaikan maklumat yang penting, panjang dan komprehensif, menghantar e-mel adalah lebih baik. E-mel boleh menjadi rekod rasmi maklumat. (Formal)
Media Sosial
Orang ramai menggunakan media sosial untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, berhubung dengan keluarga dan teman, atau melibatkan diri dengan kegiatan sosial dalam talian. (Tidak formal)