SEJARAH KERAJAAN UTHMANIYAH

Latar Belakang Kerajaan Uthmaniyah

Sumber Responden 1 (Tuan Mohd Azmi Bin Othman)


Melalui wawancara ini, Tuan Mohd Azmi Bin Othman menyatakan bahawa Kerajaan Uthmaniyah merupakan kerajaan berbentuk khalifah dan berasal dari wilayah Anatolia yang terletak di Turki, manakala Istanbul pula merupakan ibu negara kerajaan ini. Kewujudan Kerajaan Uthmaniyah ini ialah pada akhir abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-15 dan ke -16. Selama beberapa abad ini Kerajaan Uthmaniyah menguasai empayar yang sangat besar dan luas. Kerajaan Turki Uthmaniyah juga sering dianggap sebagai Khalifah Islam yang kemudiannya menjadi pengganti kepada Khalifah Abbasiyah sebagai penaung dan pelindung kepada umat Islam sedunia. Kerajaan Uthmaniyah dikenali sebagai Ottoman dalam bahasa Turki Osmanli iaitu sebuah empayar yang telah memerintah lebih ratusan tahun bermula dari tahun 680H sehingga 1342H selepas berlakunya perang dunia pertama. Latar belakang ini sama sekali seperti dinyatakan dalam kajian lepas yang dilakukan oleh Haris, A. H (2020) yang menyatakan bahawa Kerajaan Turki Uthmaniyah ini wujud di wilayah Anatolia yang terletak di Turki, manakala ibu negaranya pula terletak di Istanbul dan ianya merupakan sebuah khilafah Islam. Selain itu, perkataan Uthmaniyah ini digunakan bersempena dengan nama datuk pengasas kerajaan ini, Uthman bin Ertoghrul (Ertoghril) bin Sulaiman Shah daripada suku Qayi (Qayigh), salah satu cabang Oghus di Turki. Sehubungan dengan itu, hal ini berkait dengan kajian lepas yang dilakukan oleh Wan Abdul Rahman Latif (2001) yang menyatakan bahawa Uthman bin Ertoghrul bin Sulaiman Shah ini berasal daripada suku Qayi ataupun Qayigh. Mereka ini merupakan golongan yang tinggal di sebuah perkampungan di Mahan yang terletak di Asia Minor. Menurut kajian lepas yang dilakukan oleh Mahayudin Hj. Yahya dan Ahmad Jelani Halimi (1994), mereka turut ada menyatakan bahawa Mahan atau lebih dikenali sebagai perkampungan yang terletak di Asia Kecil ini merupakan penempatan yang didiami oleh suku Qayi ini.


MUHAMMAD AMMAR ARIF BIN ZAZALI (AM211100996)


Sumber Responden 2 (Saudara Syafiq Ikmal Bin Roslan)


Melalui wawancara ini, Saudara Shafiq Ikmal Bin Roslan telah menjelaskan bahawa Kerajaan Uthmaniyah berasal dari pangasas kerajaan oleh Uthman bin Ertugul Bin Sulaiman Shah yang berasal dari suku Qayi dari sebuah kabilah Oghuz. Tambahan lagi, di kawasan barat Anatolia yang sepadan dengan empayar Byzantine beliau ialah seorang Amir. Selain itu, Uthmaniyah juga pada awalnya adalah sebuah kerajaan kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai Ukhu. Terdapat 2 buah kerajaan yang dimiliki bangsa Turki iaitu Kerajaan Seljuq dan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Kejatuhan Kerajaan Turki Seljuq yang disebabkan oleh serangan dari pasukan monggol dan merupakan titik permulaan awal bagi pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyah yang menampung kerajaan-kerajaan kecil Turki yang lain. Akhir sekali, pemerintahan oleh Uthman yang memerintah Turki telah disambung oleh pemimpin-pemimpin lain selepasnya yang mempunyai kekuatan peribadi dan moral yang tinggi seperti murad I, Sultan Murad II, Sultan Bayazid I Sultan Muhammad Al-Fatih, Sultan Salim I dan mencapai tahap kegemilangannya pada zaman Sultan Sulaiman Qanuni. Berdasarkan wawancara ini, ianya dapat dikaitkan dengan kajian lepas oleh Haris, A. H (2020) yang menyatakan Kerajaan Uthmaniyah berasal daripada nama pengasas kerajaan tersebut iaitu Osman yang berasal daripada bangsa Oghuz Turk. Selain itu, Kerajaan Uthmaniyah terbentuk selepas peperangan oleh Kerajaan Seljuk dengan tentera Byzantine. Dan di hadiahkan dengan wilayah disebelah barat Anatolia yang merupakan ibu negeri Kerajaan Turki Uthmaniyah yang pertama.


MUHAMMAD AMIR ALIFF BIN MOHD FAIDZUL (AM2107009449)

Rujukan:


Haris, A. H. (2020). SEJARAH KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH DAN SUMBANGANNYA DALAM BIDANG SOSIOPOLITIK ABAD KE-14 HINGGA ABAD KE-20. Journal of Al-Tamaddun. https://doi.org/10.22452/jat.vol15no1.6


Wan Abdul Rahman Latif et.al. 2001.Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.KualaLumpur. ,Dewan Bahasa dan Pustaka. hal 66.


Mahayudin Hj. Yahya dan Ahmad Jelani Halimi.1994. Sejarah Islam.Selangor. Fajar Bakti Sdn Bhd. hal 395.


Perkembangan Kerajaan Uthmaniyah

Sumber Responden 1 (Tuan Mohd Azmi Bin Othman)


Melalui wawancara ini, kita dapat mengetahui bahawa perkembangan kerajaan Uthmaniyah di fokuskan kepada dua tokoh iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh dan Sulaiman Al-Kanuni. Apa yang dinyatakan oleh Tuan Mohd Azmi Bin Othman ini berkait rapat dengan hasil kajian lepas Donald (2005) menurutnya setiap satu dibina atas pencapaian yang sangat luar biasa. Tuan Mohd Azmi memberitahu bahawa sebelum Sultan Muhammad Al-Fateh memegang takhta, Empayar Uthmaniyah telah berkembang jauh ke dalam tanah Balkan dan Anatolia, dan telah merampas Kota Byzantine, yang sangat penting kepada Bursa dan menjadikannya ibu negara. Antara perkembangan yang terhebat di zaman ini, adalah apabila Kota Constantinople berjaya ditakluk oleh Empayar Uthmaniyah. Pembukaan Kota Constantinople oleh Muhammad Al-Fateh telah menjadikan kerajaan Uthmaniyah terus dihormati oleh pihak Barat. Penaklukan ini telah menyebabkan kekuatan golongan Byzantine menjadi lemah kerana Constantinople adalah sebuah kota yang terpenting buat mereka. Seterusnya, Tuan Mohd Azmi juga menyatakan kajian lepas yang berkait rapat dengan Donald (2005) ialah perkembangan zaman pemerintahan Sulaiman Al-Kanuni adalah beliau pernah disokong pemberontak Belanda yang menentang Sepanyol. Peperangan ini berlaku pada abad ke 16. Armada tentera laut Kerajaan Uthmaniyah pula berperang di laut merah dan laut India sehinggalah ke timur. Armada tersebut juga telah menghampiri kawasan yang pada hari ini adalah lautan jajahan Indonesia dan kepulauan Melayu.


AHMAD IZZAT ZULKIFLY BIN MOHAMAD NOOR (AM2107009064)

Sumber Responden 2 (Saudara Syafiq Ikmal Bin Roslan)


Melalui wawancara ini, dapat diungkapkan bahawa Kerajaan Turki Uthmaniyyah merupakan sebuah kuasa Islam yang muncul di Barat Anatolia kira-kira pada awal abad ke-14 Masihi. Kedatangannya berkait rapat dengan situasi dunia Islam yang hancur selepas serangan Monggol pada abad ke-13 Masihi. Sepanjang tempoh pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah terdapat 37 orang pemimpin yang pernah mentadbir kerajaan ini. Antara pemimpin yang terkenal ialah Uthman I dan Urkhan I, Muhammad II yang dikenali sebagai Abu al-Fatih (1450-1481) dan Sulaiman II yang dikenali sebagai Abu al Qanuni (1520-1566). Zaman kemasyhuran merupakan fasa kedua dalam sejarah Empayar Uthmaniyyah. Ianya bermula pada zaman Sultan Muhammad II atau lebih dikenali sebagai Al-Fateh pada tahun 1403 M hinggalah tahun 1566 M oleh Sulaiman II (Al-Qanuni). Semasa zaman kemegahan ini, empayarnya telah berkembang ke banyak negara. Mesir, Balkan, Syria, dan juga Afrika Utara merupakan contoh-contoh jajahan yang ditadbir oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Perkembangan Kerajaan Turki Uthmaniyyah ini sama sekali seperti yang dinyatakan dalam kajian lepas yang dilakukan oleh Abu Hanifah Haris (2020) yang menyatakan bahawa kemunculan Kerajaan Turki Uthmaniyyah berkait rapat dengan keadaan dunia Islam yang kucar-kacir.


MUHAMAD ALIFF HAKIM BIN AMRI (AM2111009988)

Rujukan:


Haris, A. H. (2020). SEJARAH KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH DAN SUMBANGANNYA DALAM BIDANG SOSIOPOLITIK ABAD KE-14 HINGGA ABAD KE-20. Journal of Al-Tamaddun. https://doi.org/10.22452/jat.vol15no1.6


Donald Quataert (2005),The Ottoman Empire, 1700–1922, New York: CambridgeUniversity Press, pp. 20–25


Sumbangan Kerajaan Uthmaniyah

Sumber Responden 1 (Tuan Mohd Azmi Bin Othman)


Melalui wawancara ini, boleh dikatakan Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan salah satu kerajaan Islam yang telah berjaya membentuk sebuah empayar yang luas dan ia merupakan sebuah kerajaan yang menyatukan umat Islam global. Kerajaan Turki Uthmaniyah ini merupakan sebuah kerajaan Islam yang telah memberi begitu banyak sekali sumbangannya terhadap dunia Islam ia termasuk pelbagai aspek bukan sahaja politik, ekonomi dan sosial. Secara amnya, politik Kerajaan Turki Uthmaniyah ini amat menitik beratkan kepada pemerintahan yang bercorakkan monarki iaitu kedudukan Sultan di tempat terastas sebagai pemimpin atau ketua pemerintah, manakala pegawai-pegawai kerajaan pula bertindak sebagai pembantu baginda untuk memastikan pentadbiran negara berjalan dengan lancar. Melalui aspek pentadbiran pula, Kerajaan Turki Uthmaniyah ini memperkenalkan beberapa sistem pentadbiran iaitu jawatan mufti, şeyhülislam dan muhtesib serta institusi wafaf dimana kemudiannya diwarisi oleh kerajaan lain selepas itu. Hal ini nyatakan dalam kajian lepas oleh İlhami Yurdakul (2009). Selain itu, boleh dikatakan dari aspek politik juga Turki Uthamaniyah mengukir sejarah sebagai kerajaan Islam yang paling unggul dalam sejarah Islam apabila dapat menguasai beberapa wilayah timur eropah yang belum dikuasai oleh mana mana kerajaan Islam sebelum ini dan ini dinyatakan dalam kajian lepas oleh Janina M. Safran (2000). Bertitik tolak daripada hal ini, sistem ketenteraan yang digunakan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah ini sangatlah unik dimana ia menjadikan senjata utama dalam eskpidisi untuk memperluaskan lagi kawasan jajahan mereka, sistem tersebut juga dikenali sebagai sistem Janisari yang bermaksud tentera elit atau ‘yeni ceri’ yang bermaksud ‘askar baharu’ dan pada ketika itu juga Turki Uthmaniyah mempunyai angkatan tentera laut yang kuat. Hal ini dinyatakan dalam kajian lepas oleh Gabor Agoston (2009). Walaubagaimanapun, dari segi persenjataan, kerajaan Turki Uthmaniyah juga berjaya mengembangkan lagi teknologi serbuk letupan dengan memperkenalkan beberapa senjata moden seperti meriam besar dan senapang moden. Perkara ini telah menjadikan ianya salah satu perancangan penting terhadap kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam memenangi pertempuran besar dan memperluaskan lagi jajahan taklukannya, ianya dinyatakan dalam kajian lepas oleh David Nicolle & Angus MacBride (1983).


DANIAL HAKIM BIN ABDUL AZIZ (AM2107009899)


Sumber Responden 2 (Saudara Syafiq Ikmal Bin Roslan)


Melalui wawancara ini, dapat dikatakan bahawa Kerajaan Turki Uthmaniyah telah bertahan selama 600 tahun sebagai empayar Islam sehingga berperanan membentuk kesatuan orang Islam seluruh dunia. Ibu Kota Turki iaitu Istanbul menjadi pusat pentadbiran Dunia Islam pada ketika itu. Setelah Sultan Selim I menguasai Makkah kerajaan ini telah dianggap sebagai pelindung umat Islam seluruh dunia. Hal ini diyatakan dalam kajian lepas oleh Joshua Teitelbaum (1998) kerana Turki Uthmaniyah dianggap sebagai pembela Islam. Kanun Sulaiman telah diperkanalkan sebagai perundangan yang melindungi nyawa, harta, dan kehormatan individu tanpa mengira bangsa dan agama. Hal ini diyatakan dalam kajian lepas oleh Mustafa Şentop (2009) iaitu kod undang-undang yang diasaskan oleh Suleyman I. Kerajaan Turki Uthmaniyah juga memperkenalkan sistem jawatan seperti kadi dan mufti. Manakala jawatan Sheik-ul-Islam bagi ketua ulama yang mengeluarkan fatwa. Sumbangan ini diyatakan di kajian lepas oleh İlhami Yurdakul (2009) dimana mereka bertanggungjawab mengeluarkan fatwa berdasarkan syariat Islam. Sumbangan dari segi ekonomi pula, Istanbul berjaya menjadi kota perdagangan Timur dan Barat, Dunia Islam dan Dunia bukan Islam. Jalinan perdagangan Turki meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Mediterranean, Tengah, Merah dan juga Hindi lalu membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam berpusat di Istanbul. Kerajaan Turki Uthmaniyah juga menukar sistem bangsawan berasaskan keturunan dalan susun lapis masyarakat kepada sistem yang menggalakan kecemerlangan individu. Perkara ini telah membawa kepada mobility social meluas khasnya di jajahan Eropah. Bagi sistem pendidikan pula sistem madrasah telah dilaksanakan dan paling berpengaruh pada ketika itu. Selain itu, terdapat juga sekolah pendidikan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik, kolej perubatan. Penulisan ensiklopedia juga telah berlaku pada ketika itu, dan kebanyakannya berkaitan Sains Islam. Ini seperti kajian lepas oleh Ekmeleddin İhsanoğlu (2009) yang diperkenalkan sistem madrasah ketika zaman pemerintahan Mehmed II. Perpustakaan diperlukan di masjid, hospital dan rumah. Bagi seni bina dapat dilihat melalui terbinanya Masjid Sultan Ahmed atau lebih dikenali Masjid Biru di Istanbul. Tokoh seni bina tersebut merupakan Mimar Sinan. Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah ini sama sekali seperti yang dinyatakan dalam kajian lepas yang dilakukan oleh Zeynep Ahunbay (2009) yang menyatakan terdapat beberapa masjid yang cantik dan terkenal seperti Masjid Bayezid, Masjid Suleymaniye, Masjid Şehzade, dan Masjid Sultan Ahmed.


IMRAN BIN MOHD NASIR (AM2111009981)

Rujukan:

David Nicolle & Angus MacBride (1983), Armies of the Ottoman Turks, 1300-1774, Oxford: Osprey Publishing, h. 23.

Gabor Agoston (2009), “Warfare,” dalam Gabor Agoston & Bruce Masters (ed.), Encyclopedia of the Ottoman Empire, New York: Facts on File Inc., h. 593.

Janina M. Safran (2000), The Second Umayyad Caliphate: The Articulation of Caliphal Legitimacy in Al-Andalus, Cambridge: Harvard University Press, h. 119.

Joshua Teitelbaum (1998) , “Sharif Husayn ibn Ali and the Hashemite Vision of the Post-Ottoman Order: From Chieftaincy to Suzerainty,” Middle Eastern Studies, Vol. 34, No. 1, h. 103

Mustafa Şentop (2009), “Kadı,” dalam Gabor Agoston & Bruce Masters (ed.), Encyclopedia of the Ottoman Empire, New York: Facts on File Inc., h. 304.

İlhami Yurdakul (2009), “Şeyhülislam (Shaykhulislam),” dalam Gabor Agoston & Bruce Masters (ed.), Encyclopedia of the Ottoman Empire, New York: Facts on File Inc., h. 524.

Ekmeleddin İhsanoğlu (2009), “Education,” dalam Gabor Agoston & Bruce Masters (ed.), Encyclopedia of the Ottoman Empire, New York: Facts on File Inc., h. 199.

Bruce Masters (2009), “Waqf (Vakıf),” h. 590.

Zeynep Ahunbay (2009). “Architecture,” dalam Gabor Agoston & Bruce Masters (ed.), Encyclopedia of the Ottoman Empire, New York: Facts on File Inc., h. 48-49.