IMPLIKASI
Daripada wawancara ini, orang ramai boleh mendapat lebih ilmu pengetahuan tentang sejarah serta sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah terhadap Tamadun Islam. Seterusnya, orang ramai dapat mengenalpasti bagaimana sejarah kewujudan dan perkembangan Kerajaan Uthmaniyah ini. Sebagai contoh, melalui wawancara yang dilakukan ini banyak ilmu yang diperoleh mengenai Sultan Muhammad Al-Fatih yang sering menjadi bualan orang ramai apabila bercakap tentang sejarah Turki Uthmaniyah, beliau merupakan salah seorang pejuang ataupun lebih dikenali sebagai pemimpin yang mampu menewaskan tentera Byzantine lalu menakluki Kota Constantinople. Ini menunjukkan bahawa wawancara ini banyak memberi ilmu pengetahuan yang lebih mendalam kepada orang ramai bahawa Kerajaan Uthmaniyah ini merupakan Kerajaan Islam yang sangat kuat dan telahpun bertahan di muka bumi selama hampir 600 tahun.