KLIK DI SINI : BUKU PROGRAM POLYCCOM 25
KLIK DI SINI : BUKU PROGRAM POLYCCOM 25
PENGENALAN
Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan suatu pendekatan dalam pendidikan yang diterajui industri dengan hala tuju menyediakan modal insan berkemahiran yang diperlukan industri. Sistem pendidikan ini digubal berteraskan matlamat menyokong peralihan sektor ekonomi ke arah aktiviti berasaskan pengetahuan, selari dengan aspirasi menjadi negara maju. Matlamat dalam pendidikan TVET adalah melahirkan individu yang mempunyai kemahiran dalam penyelidikan gunaan, pembangunan produk inovasi dan pengkomersialan. Matlamat ini perlu direalisasikan melalui penghasilan produk dan perkhidmatan yang berpotensi untuk dikomersialkan secara holistik. Sehubungan itu, pertandingan pengkomersialan POLYCC yang merupakan penganjuran bagi tahun ke empat atau dengan nama singkatannya iaitu POLYCCOM 2025 adalah landasan terbaik bagi mencapai hala tuju pengkomersialan yang disasarkan dalam Pelan Strategik JPPKK 2018-2025.
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
TENTATIF
HARI 1 :RABU (20 OGOS 2025)
Masa Perkara
8.30 pagi Ketibaan Peserta Pendaftaran Peserta
Taklimat Pertandingan POLYCCOM’25
(Dewan Kuliah)
9.30 pagi Sesi Pembentangan Serentak Bermula
1.00 petang Rehat
2.30 petang Sesi Pembentangan Serentak Bersambung
3.00 petang Raptai Majlis Penutup
(Dewan Kuliah)
HARI 2 :KHAMIS (21 OGOS 2025)
Masa Perkara
8.30 pagi Ketibaan Peserta
9.00 pagi Ketibaan Tetamu Jemputan Ketibaan VVIP & VIP
9.30 pagi Perarakan Masuk VVIP
Nyanyian lagu ‘NegaraKu’, Lagu ‘Selangor’ & Lagu ‘PolyCC’
Aluan Pengacara Majlis
Bacaan Doa
Tayangan Montaj
10.15 pagi Ucapan Aluan Pengarah Kolej Komuniti Sabak Bernam
Ucapan Perasmian Penutup oleh VVIP
Gimik Perasmian
Ulasan Ketua Juri
Pengumuman Keputusan
Penyampaian Cenderahati
12.30 t/hari Majlis Bersurai
OBJEKTIF PERTANDINGAN
1. Mengetengah serta menterjemahkan pembinaan imej baharu bagi produk dan perkhidmatan pengkomersialan politeknik dan kolej komuniti ke peringkat global
2. Mengiktiraf dan menyokong peranan warga dalam perlaksanaan aktiviti pengkomersialan dengan penghasilan produk dan perkhidmatan komersial
TARIKH PENTING
Iklan Permohonan : 27 MEI 2025
Tarikh Tutup Penyertaan : 24 JUN 2025
Penghantaran Laporan Akhir : 16 JULAI 2025
Pembentangan : 20 OGOS 2025
Penutup & Penyampaian Hadiah : 21 OGOS 2025
1. Pertandingan terbuka kepada semua staf Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia.
2. Produk/perkhidmatan telah menyertai pertandingan di mana-mana peringkat / mendapat anugerah dana komersial/ dipasarkan.
3. Telah atau sedang mendaftar harta intelek (MyIPO) dalam mana-mana kategori berkaitan
4. Ahli kumpulan dalam setiap penyertaan tidak melebihi 3 orang.
5. Penyertaan adalah PERCUMA & tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
6. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang bantahan/ rayuan tidak akan dilayan.
7. Kehadiran pembentang dan seorang peserta untuk membantu adalah diwajibkan.
8. Kehadiran wakil dalam majlis penyampaian hadiah adalah dibenarkan sekiranya peserta tidak dapat hadir.
SILA IMBAS UNTUK PENDAFTARAN PESERTA
1. Setiap penyertaan hendaklah mengisi borang melalui pautan kod QR atau klik dipautan https://app.mypolycc.edu.my/polyccom/
2. Maklumat-maklumat berikut adalah penting untuk dimasukkan di dalam borang permohonan:
i. Nama institusi dan alamat, tajuk projek, nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat emel setiap peserta.
ii. Kategori Produk/Perkhidmatan
3. Setiap kumpulan perlu menghantar dokumen berikut satu (1) Laporan Akhir selewat-lewatnya 16 Julai 2025 dan video pengiklanan produk/perkhidmatan selewat-lewatnya 2 Ogos 2025 dengan memuatnaik di laman web POLYCCOM’ 25. Peserta perlu menyediakan slaid pembentangan dan poster mengikut templat yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
4. Laporan akhir dan poster perlulah dilabel dengan ID Peserta yang diberikan semasa maklumbalas permohonan.
5. Peserta tidak dibenarkan membuat apa-apa perubahan terhadap nama kumpulan, maklumat ahli, tajuk dan kategori produk/perkhidmatan selepas ID Peserta di keluarkan.
Peralatan, Mesin, Pembinaan & Bahan
Elektrik & Elektronik
Multimedia & ICT
IoT & IR4.0
Teknologi Makanan
Rekabentuk, Seni & Kreatif
Pengajaran & Pembelajaran
Produk Hijau, Pertanian & Alam Sekitar
Penjagaan Kesihatan & Kecantikan
Setiap penyertaan akan membawa pulang:
1. Sijil Penyertaan
2. Sijil Anugerah Emas/Perak/Gangsa
3. Pingat Emas/Perak /Gangsa
Selain itu terdapat juga hadiah pengiktirafan iaitu:
1. Anugerah Pengkomersialan Terbaik (Setiap Kategori)
2. Anugerah Video Pengiklanan Terbaik
3. Anugerah Juara Keseluruhan