1. Ukuran poster ialah bersaiz A3
2. Poster perlu disediakan mengikut templat yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Sila rujuk templat poster.
3. Isi kandungan poster perlu ringkas, padat dan berinfografik.
4. Maklumat yang perlu ada dalam poster adalah seperti berikut:
4.1 Latar belakang produk/perkhidmatan.
4.2 Aplikasi produk/perkhidmatan (Kegunaan / Fungsi).
4.3 Platform Jualan & Pemasaran Produk/Perkhidmatan
4.4 Kerjasama/ Kolaborasi Industri
4.5 Pengiktirafan & Anugerah.
4.6 Gambar produk/perkhidmatan.
5. Poster tidak perlu dicetak.
SUSUNAN TEKS LAPORAN: Dalam bentuk Microsoft Word (.docx), Font Arial 12 (Tajuk), Font 11 (Teks kandungan).
Laporan akhir produk/perkhidmatan hendaklah mengikut templat Laporan akhir yang disediakan pihak penganjur. Templat laporan akhir boleh didapati di ruangan muat turun
Laporan Akhir perlu mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut: -
Proses pembangunan produk/perkhidmatan (laporan produk/perkhidmatan)
Kebolehlaksanaan
Potensi produk/perkhidmatan
Kesediaan produk/perkhidmatan
Keselamatan produk/perkhidmatan
Jenis pendaftaran
Kategori
Business plan
Validation
Pengurusan dana
Model komersial
Nilai komersial
Impak komersial
Impak sosial
Perundangan pelesenan
Infografik (poster)
Videografik
Pencapaian (sijil anugerah)
Pengiklanan
FORMAT VIDEO PROMOSI
Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan video mengikut tema pertandingan iatu mengandungi elemen AI.
Video mestilah bersifat promosi iaitu menerangkan keunikan, fungsi, manfaat dan potensi pasaran produk/perkhidmatan.
Sertakan nama produk/perkhidmatan, objektif, ciri utama, kelebihan berbanding produk/perkhidmatan sedia ada dan sasaran pengguna.
Video yang dihantar mestilah bersifat positif, profesional dan mematuhi etika penyampaian kandungan.
Peserta digalakkan meletakkan nama pertandingan di dalam video yang dihasilkan.
Durasi video tidak melebihi 1 minit bagi mempromosi produk/perkhidmatan.
Peserta diminta untuk memuat naik video ke dalam Youtube (channel sendiri/ jabatan) dengan tetapan unlisted.
Penghantaran pautan link video selewat-lewatnya 16 Julai 2025 bersama-sama laporan akhir.
Permarkahan adalah seperti berikut:
KRITERIA PEMARKAHAN
Kreativiti dan Teknikal 40 %
Mesej dan Penyampaian 45%
Teknikal Penghantaran 15%