Sijil Teknologi Maklumat (STM)
(DAHULU DIKENALI SEBAGAI SIJIL SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN - SSK)
(DAHULU DIKENALI SEBAGAI SIJIL SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN - SSK)
Program Teknologi Maklumat adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Teknologi Maklumat. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Perisian aplikasi, pemasangan komputer, asas pengaturcaraan dan etika digital dan keselamatan sosial.
2. Pangkalan data, rangkaian komputer, asas multimedia, pembangunan reka bentuk laman web dan pengenalan analisis dan rekabentuk sistem.
3. Pembangunan aplikasi mudah alih, internet of things, pengaturcaraan berorientasikan objek dan projek pelajar.
Bidang ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi maklumat yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang teknologi maklumat. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:
1. Pembantu TadbirÂ
2. Juruteknik Komputer
3. Pembangun Laman Web
4. Usahawan Teknologi Maklumat
Lepasan SPM
Warganegara Malaysia
Memiliki SPM atau setaraf
Lulus Bahasa Melayu
Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
Lulus Matematik
Mendapat SATU(1) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali