Bantuan Kewangan Sebanyak RM7,200 Sepanjang Pengajian Bagi Yang Layak*
Semester Pertama RM 2,400.00
(Pendapatan Isi Rumah RM5,249.00 sebulan dan Ke Bawah)
Semester Kedua RM 2,400.00
(Wajib Mendapat CGPA 2.00 Ke Atas Bagi Keputusan Semester 1)
Semester Ketiga RM 2,400.00
(Wajib Mendapat CGPA 2.00 Ke Atas Bagi Keputusan Semester 2)
*BKPKK adalah Bukan Pinjaman, Tetapi perlu dibayar semula sekiranya BERHENTI/TIDAK MENAMATKAN PENGAJIAN pada Semester tersebut.
Syarat-syarat Permohonan BKPKK
i. Warganegara Malaysia
ii. Mengikuti pengajian di peringkat Sijil Kolej Komuniti sahaja; dan
iii. Ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan semasa sebanyak RM 5,249.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.
Pendapatan Kasar Bulanan
Pendapatan kasar bulanan yang diperolehi daripada penggajian (gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja), perniagaan dan pendapatan lain seperti sewa, pencen dan bayaran berkala yang lain serta apa-apa perolehan atau keuntungan.