RUANG PEMBELAJARAN TERMAJU POLYCC
JANUARI 2026
Memperkasa peserta kursus laser cut dan pelajar dan alumni Sijil Teknologi Senibina KKA, SITI UMIRA BINTI ABDUL RAHMAN menyiapkan 25 unit plak dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan.
kredit kepada Puan Irmayariani binti Kamalsha untuk rekaan yang menarik, En Ali Hilmi (peserta kursus laser cut) untuk trace rekaan dan seterusnya dimasukkan ke dalam perisian lightburn oleh Puan Hasnurul Nazimah binti Hashim. Cik Siti Umira menyiapkan kerja akhir plak yang dihasilkan selama 4 hari .
Pelajar melaksanakan Latihan Industri di Maker Market Kolej Komuniti Arau bermula 5 Januari sehingga 22 Mei 2026. NUR NATASYA BINTI ROSIDI dan NURIN AIDA BT MUHAMMAD ZAHIR dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Mereka sangat banyak membantu dalam urusan Maker Market dan bahagian ICT kolej. Selamat maju jaya untuk keduanya. Terima kasih kerana menjadi keluarga Maker Market KKA.
Penggunaan bilik Maker Market Kolej Komuniti Arau
Berlansung sepanjang tahun bergantung kepada permintaan dan kekosongan bilik Maker Market.
FEBRUARI 2026
Sesi Pembelajaran penggunaan mesin laser cut dan perisian lightburn kepada pelajar latihan industri. Mereka mendapat tempahan dari staf kolej untuk menghasilkan beberapa rekaan keychain.
Mesin laser cut kehabisan gas Co2. dan kerja-kerja menggunakan mesin laser cut dihentikan sehingga mendapat dana yang mencukupi.
MAC 2026
PERTANDINGAN MAKER MARKET ROBORACE 2026 – LINE FOLLOWER CHALLENGE
Program Maker Market Roborace 2026 : Line Follower Challenge telah dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan teknologi robotik serta aplikasi penggunaan Arduino dalam pembinaan robot. Program ini dilaksanakan selama dua hari yang merangkumi sesi workshop asas robot line follower dan pertandingan bagi menguji keupayaan robot yang dihasilkan oleh peserta.
Program dimulakan dengan penganjuran Maker Market Robotic Workshop: Line Followers Basic yang telah dihadiri oleh 18 orang peserta.
Dalam workshop ini, para peserta diperkenalkan dengan asas penggunaan Arduino, konsep robot line follower, serta komponen-komponen yang digunakan dalam pembinaan robot tersebut.
Peserta juga didedahkan dengan cara pemasangan set Arduino line follower serta teknik asas pengaturcaraan bagi membolehkan robot bergerak mengikut garisan yang ditetapkan.
Pada akhir sesi workshop, para peserta diberikan tugasan untuk mengkonfigurasi robot masing-masing serta menjalankan beberapa sesi percubaan sehingga robot berjaya bergerak mengikut litar yang disediakan.
Pertandingan Maker Market Roborace 2026 : Line Follower Challenge telah dijalankan dengan penyertaan 8 kumpulan, terdiri daripada:
3 kumpulan dari STM
3 kumpulan dari SKE
2 kumpulan dari STS
Beberapa jenis litar telah disediakan bagi menguji keupayaan robot yang dibangunkan oleh para peserta. Namun begitu, tiada robot yang berjaya menamatkan litar kedua dan ketiga yang mempunyai tahap kesukaran yang lebih tinggi.
Sehubungan itu, pihak jawatankuasa pertandingan telah membuat keputusan untuk menggunakan litar pertama sebagai penentu pemenang dengan mengambil kira masa terpantas yang dicatatkan oleh setiap kumpulan.
Keputusan Pertandingan:
JUARA
MOHAMMAD SYAFIQ AIMAN BIN MOHAMMAD FAZLEE (R01STS24F506) MUHAMMAD AMAR AFIQ BIN SUHAIDI (R01STS24F504)
PENSYARAH PEMBIMBING
WAN MUHD ZAKWAN BIN WAN ZIN
NAIB JUARA
MUHAMMAD ALIF IRFFAN BIN ANOAR (R11SKE25F029)
AHMAD SUFI UWAIS BIN MOHAMMAD SHUHAIMI (R11SKE25F065)
PENSYARAH PEMBIMBING
NS RAHIM MUDA BIN MEH
TEMPAT KETIGA
MUHAMMAD ADAM FITRI NORHAIZAD (R01STS25F022)
MOHAMAD AZIM BIN MOHAMAD HAIRUNIZAM (R01STS25F005)
PENSYARAH PEMBIMBING
HASNURUL NAZIMAH BINTI HASHIM
TEMPAT KEEMPAT
BASYIR BIN RAMLE (R01STM25F015 )
MUHAMMAD FAIZAL BIN ROFI'I (R01STM25F005)
PENSYARAH PEMBIMBING
MOHD NOOR ARIF BIN ABDULLAH
Kertas Kerja
Laporan
APRIL 2026
Perkongsian ilmu dari CEO Maker Market KKBDA dalam penghasilan plak. CEO MMKKA bersama pelajar Latihan Industri menyiapkan plak untuk kejohanan CompIT SUMMIT 2026 sebanyak 18 unit yang akan melaksanakan majlis penutup pada 9 april 2026, 3 unit plak untuk Program Maker Market Roborace 2026 : Line Follower Challenge yang akan melaksanakan majlis penutup pada 14 april 2026 dan 1 unit plak International Student Mobility Program : Bridging Knowledge & Culture 2026 yang akan dilaksanakan pada 6-11 April 2026. Terima kasih tidak terhingga kepada CEO MMKKBDA PUAN HAFIZAH BINTI ABDULLAH @ ALI dan Pengarah KKBDA, PUAN SALMIYAH CHE AHMAD kerana memberi kebenaran untuk menggunakan mesin laser cut dan berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat.
MEI 2026
JUN 2026
Membekalkan 4O unit Plak, 40 unit beg dan 40 unit cenderahati untuk Program Mobiliti Pelajar ke Plaosan, Malang Indonesia.
Syukur, bilik Maker Market KKA menerima 2 biji aircond untuk memenuhi keperluan latihan di bilik berkenaan. menurut SKT tahun 2025, bilik berkenaan mempunyai masalah aircond.
JULAI 2026
NAMA ROBOT : ROBOT KKA 2026 (ROBOT HIASAN PELBAGAI GUNA)
NAMA JABATAN : KOLEJ KOMUNITI ARAU
KETUA KUMPULAN : KAMRUL ZAMAN BIN HUSSIN
AHLI KUMPULAN :
1. ALI BIN OTHMAN
2. MOHD FUAD BIN KASSIM
3. ROSMINEY BIN AHMAD
4. SAIFUL AZLEY BIN SAMSUDIN
FUNGSI ROBOT :
PENGHASILAN ROBOT MENGGUNAKAN BARANG KITAR SEMULA DAN BARANG TERPAKAI MEMBERI MANFAAT KEPADA ALAM SEKITAR, PENDIDIKAN DAN KOMUNITI. IA BERFUNGSI SEBAGAI ALAT BANTU PEMBELAJARAN ASAS KEJURUTERAAN DAN MEMUPUK KESEDARAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR. IA JUGA MEMBERI PENDEDAHAN IDEA INOVASI DALAM DUNIA REKA BENTUK ROBOT KEPADA GENERASI MUDA MASA KINI. ROBOT KKA 2026 INI BERFUNGSI SEBAGAI ALAT UNTUK MENYIMPAN ALAT TULIS, BUKU-BUKU, GULUNGAN KERTAS DAN HIASAN PAMERAN YANG BERKAITAN DENGAN REKA BENTUK YANG MENARIK.
Sempena Pesta Buku Perlis & Karnival Pembaca 2026 Robot KKA 2026 telah mendapat tempat pertama. diatas adalah gambar penyerahan Hadiah Tempat Pertama pertandingan Rekabentuk Robot dan Inovasi di Perpustakaan Awam Kangar pada 31 Julai 2026. Pihak perpustakaan berbesar hati utk mempamer robot tersebut selama sebulan sebagai pendedahan idea Inovasi pelajar di Negeri Perlis.
OGOS 2026
Menukar tabung gas Co2 untuk mesin laser cut. ini merupakan kali pertama menukar tabung berkenaan selepas penerimaan mesin berkenaan.
SEPTEMBER 2026
LATIHAN PENINGKATAN KEMAHIRAN RUANG PEMBELAJARAN DIGITAL DAN TEKNOLOGI KREATIF
Peserta memperoleh kemahiran asas mengendalikan mesin Silhouette CAMEO dan mengaplikasikan reka bentuk digital dalam penghasilan produk kreatif yang berpotensi untuk dikomersialkan dan dijadikan sebagai produk hasilan Maker Market.
Penggunaan LightBurn dan Teknologi Laser Cutter
Latihan hari kedua Sesi Cikgu Nizaidi memberi tumpuan kepada penggunaan perisian LightBurn dan pengendalian mesin Laser Cutter dalam penghasilan produk kreatif. Peserta didedahkan kepada kaedah penyediaan reka bentuk digital, tetapan parameter pemotongan dan ukiran serta teknik penghasilan produk berasaskan bahan seperti akrilik dan kayu.
Selain itu, peserta turut diperkenalkan kepada beberapa aplikasi dan platform digital seperti MakerCase, Remini dan Pinterest sebagai sumber rujukan serta alat sokongan dalam proses pembangunan idea, penyediaan reka bentuk dan penghasilan produk. Pendedahan ini memberi peluang kepada peserta meneroka kaedah yang lebih kreatif dan praktikal dalam menghasilkan produk menggunakan teknologi laser cutter.
Dalam sesi yang dikendalikan oleh Cikgu Nizaidi, peserta turut diberikan penerangan dan tunjuk ajar berkaitan kaedah penjagaan serta penyelenggaraan mesin Laser Cutter. Penekanan diberikan kepada aspek penjagaan komponen, kebersihan mesin dan penyelenggaraan berkala bagi memastikan mesin sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi secara optimum.
Melalui latihan secara demonstrasi dan amali, peserta berpeluang meningkatkan kemahiran mengendalikan perisian dan mesin serta memahami potensi teknologi laser cutter dalam menghasilkan produk inovatif yang mempunyai nilai tambah dan potensi komersial.
Penceramah berkongsi tentang Makercase, Remini dan Pinterest.
Penyelenggaraan mesin laser cut 1
Penyelenggaraan mesin laser cut 2
Penyelenggaraan mesin laser cut 3
Pengenalan dan Penghasilan Produk Menggunakan Mesin 3D Printer TwoTrees SP-5
Latihan hari ketiga memberi tumpuan kepada teknologi pencetakan tiga dimensi (3D Printing) menggunakan mesin TwoTrees SP-5. Peserta diberikan pendedahan berkaitan prinsip asas operasi mesin, proses penyediaan fail reka bentuk serta langkah-langkah menghasilkan produk menggunakan teknologi pencetakan 3D.
Sepanjang latihan, peserta turut diperkenalkan kepada perisian Tinkercad sebagai platform untuk menghasilkan dan mengolah reka bentuk objek tiga dimensi. Selain itu, laman web Thingiverse digunakan sebagai sumber rujukan dan bahan sokongan bagi mendapatkan pelbagai idea serta fail reka bentuk 3D yang boleh dimuat turun dan disesuaikan mengikut keperluan penghasilan produk.
Melalui sesi demonstrasi dan amali, setiap peserta berpeluang menyediakan reka bentuk, mengendalikan proses pencetakan serta menghasilkan sekurang-kurangnya satu produk bersaiz kecil menggunakan mesin 3D Printer TwoTrees SP-5. Pengalaman ini memberikan pendedahan secara langsung kepada keseluruhan proses daripada reka bentuk digital kepada penghasilan produk fizikal.
Melalui latihan ini, peserta dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran asas dalam teknologi 3D Printing serta meneroka potensinya dalam penghasilan prototaip, model dan produk kreatif yang boleh diaplikasikan dalam aktiviti pembelajaran dan keusahawanan di institusi masing-masing.
Perkongsian 1
Perkongsian 2
Perkongsian 3
Perkongsian 4
Majlis Penutup Latihan Peningkatan Kemahiran Ruang Pembelajaran Digital dan Teknologi Kreatif
Majlis penutup program Latihan Peningkatan Kemahiran Ruang Pembelajaran Digital dan Teknologi Kreatif telah berlangsung pada 3 September 2026 bertempat di Bilik Maker Market, Kolej Komuniti Arau. Majlis dilaksanakan secara dalam talian menerusi platform Google Meet dengan penyertaan peserta dan jawatankuasa program yang berada di lokasi latihan.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Pengarah Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Encik Zaidi bin Othman, yang turut menyampaikan ucapan penutupan program. Turut hadir ialah Pengarah Kolej Komuniti Arau, Haji Rosnizam bin Kamis; Timbalan Pengarah BIPD, Ts. Dr. Mohd Najib bin Hamdan; Timbalan Pengarah Akademik Kolej Komuniti Arau, Encik Mohd Azha bin Ismail; pegawai-pegawai BIPD, para peserta serta ahli jawatankuasa pelaksana program.
Dalam ucapan beliau, Encik Zaidi bin Othman merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada 26 orang peserta yang terdiri daripada wakil kolej komuniti dan politeknik, khususnya CEO Maker Market dan PIC TECC 3.0 dari seluruh Malaysia atas komitmen dan kejayaan mengikuti latihan selama tiga hari.
Beliau turut menekankan kepentingan penguasaan kemahiran amali dalam penggunaan teknologi kreatif seperti mesin Silhouette CAMEO, Laser Cutter dan 3D Printer, termasuk aplikasi perisian reka bentuk serta penyelenggaraan peralatan. Kemahiran yang diperoleh diharapkan dapat dimanfaatkan untuk memperkembangkan aktiviti penghasilan produk dan mengoptimumkan penggunaan ruang pembelajaran digital di institusi masing-masing.
Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk mengukuhkan jaringan profesional, perkongsian ilmu dan amalan terbaik antara komuniti Maker Market serta PIC TECC 3.0. Hubungan kerjasama yang terjalin diharapkan dapat diteruskan bagi menyokong pembangunan teknologi pembuatan digital dalam ekosistem TVET negara.
Majlis diakhiri dengan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya BIPD, Kolej Komuniti Arau, Pauh Inn, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin serta seluruh peserta dan jawatankuasa pelaksana yang telah menjayakan program ini.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan jaringan kerjasama yang diperoleh sepanjang latihan dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta menjadi pemangkin kepada inovasi, kreativiti dan pembangunan ruang pembelajaran digital di institusi masing-masing.
kertas kerja
laporan
OKTOBER 2026
Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dengan penggunaan mesin laser cut.
Menyiapkan tanda nama Perpustakaan Kolej Komuniti Arau Cawangan Kangar
Berkongsi dan membantu pelajar STM 3A, MUHAMMAD IMAN HAIKAL BIN ISMAIL dan ahli kumpulan beliau, Untuk projek LEAK SHIELDLPG, subjek ESSENTIAL PROJECT MANAGEMENT.
Pelajar telah merangkul Anugerah Projek Terbaik
Sempena Penganjuran Sambutan Jubli Perak Kolej Komuniti Arau pada 10 & 11 Oktober 2026
Sempena Sambutan Jubli Perak Kolej Komuniti Arau pada 10 & 11 Oktober 2026, MM KKA menghasilkan 36 unit Plak dengan menggunakan kombinasi papan laser, akrilik silver dan akrilik berwarna. Plak dilaksanakan bersama pelajar Nur Athirah binti Noormazlan, Najwa Fatiehah binti Mohd Fazli dan Hong Khai Yi selain dibantu oleh Puan Umira binti Zulkefli yang merupakan AJK Cenderahati Program.
Sempena Sambutan Jubli Perak Kolej Komuniti Arau pada 10 & 11 Oktober 2026, MM KKA menghasilkan 215 unit keychain dengan menggunakan papan laser. Keychain dilaksanakan bersama pelajar Danish Irfan bin Mohd Fauzi dan Nur Amira binti Abdullah selain dibantu oleh Puan Umira binti Zulkefli yang merupakan AJK Cenderahati Program.
Sempena Sambutan Jubli Perak Kolej Komuniti Arau pada 10 & 11 Oktober 2026, Anugerah untuk GALA FASHION NITE, MM KKA menghasilkan piala untuk anugerah :
1- INNOVATIVE DESIGN AWARD
2-BEST CRAFTMANSHIP AWARD
3-BEST FASHION STATEMENT
4-BEST FASHION DESIGN AWARD
Sempena Sambutan Jubli Perak Kolej Komuniti Arau pada 10 & 11 Oktober 2026, MM KKA menghasilkan piala untuk Program Silver Voice
KURSUS YANG DILAKSANAKAN DIBAWAH PENGANJURAN MAKER MARKET KOLEJ KOMUNITI ARAU SEMPENA JUBLI PERAK KOLEJ KOMUNITI ARAU
Jubli Perak: Homemade Lanyard
Tarikh: 10 Oktober 2026
Peserta: 16 orang
Penceramah : En.Mohd Iskandar
Pensyarah Pembantu: Pn.Norasmahan
Urusetia: Pn. Irmayariani
Objektif
Memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik dan kaedah menghasilkan handmade lanyard menggunakan bahan serta peralatan yang sesuai. Memberi kemahiran kreativiti dan inovasi peserta dalam menghasilkan lanyard yang menarik, unik dan mempunyai nilai estetika. Memupuk kemahiran keusahawanan melalui penghasilan produk kraf tangan yang berpotensi untuk dipasarkan sebagai sumber pendapatan sampingan.
Impak
Peserta dapat menguasai kemahiran asas menghasilkan homemade lanyard secara kreatif, kemas dan berkualiti serta meningkatkan keyakinan diri serta keupayaan peserta untuk menghasilkan produk kraf tangan yang mempunyai nilai tambah dan nilai komersial
Jubli Perak : Kursus Pembuatan Keychain Menggunakan Laser Cut
Tarikh:
10&11 Oktober 2026
Masa:
2.00 - 6.00 Ptg
Tempat:
Maker Market
Bilangan Peserta:
9+5 Orang
Pengajar
Hasnurul Nazimah Binti Hashim & Abdul Rashid Fahmi Bin Abdullah
Objektif
1. Menghasilkan rekaan keychain menggunakan perisian lightburn.
2. Dapat mengoperasi mesin laser cut dalam penghasilan keychain.
Impak
1. Peserta dapat membawa pulang sekurang2nya 1 keychain.
Jubli Perak : Kursus pembuatan Robot
Tarikh: 10 Oktober 2026
Peserta: 8 orang
Penceramah : En.Kamrul Zaman
Pensyarah Pembantu: En Saiful
Penggunaan bilik Maker Market Kolej Komuniti Arau
Kursus Pendek
Jubli Perak : Kursus Pembuatan Keychain Menggunakan Laser Cut
Tarikh:
10&11 Oktober 2026
Masa:
2.00 - 6.00 Ptg
Tempat:
Maker Market
Bilangan Peserta:
9+5 Orang
Pengajar
Hasnurul Nazimah Binti Hashim & Abdul Rashid Fahmi Bin Abdullah
Objektif
1. Menghasilkan rekaan keychain menggunakan perisian lightburn.
2. Dapat mengoperasi mesin laser cut dalam penghasilan keychain.
Impak
1. Peserta dapat membawa pulang sekurang2nya 1 keychain.
Kursus Pendek
KURSUS ASAS SULAMAN MANIK PENGHASILAN ALAS GELAS
Tarikh: 17hb Oktober 2026(Sabtu)
Masa: 8.00pagi - 5.00pm
Tempat: Maker Market,Kolej Komuniti Arau(KKAP)
Bilangan peserta: 12 orang
Penceramah: Dr. Zarina
PP1: Puan Shafarizan
PP2: Pn. Azmiah
Objektif:
1.Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam jahitan asas manik
2.Peserta dapat menghasilkan pelapik alas gelas kema dan mengikut ukuran yang dikehendaki.
3.Memberi pendedahan kepada peserta pemilihan manik yang betul untuk teknik jahitan.
Impak:
1.Peserta dapat menghasilkan pelapik alas gelas mengikut spesifikasi yang telah diberi.
NOVEMBER 2026
Antara gambar tempahan plak dan standee dari Pra-sekolah SK Jelempok sebanyak 25 unit, tempahan dari SK Tunjang sebanyak 6 unit dan SK Jelempok sebanyak 6 unit standee
DISEMBER 2026
LAPORAN PENGGUNAANRUANG PEMBELAJARAN TERMAJU KOLEJ KOMUNITI ARAU UNTUK JANUARI - JUN 2026