Maker Market merupakan ruang yang disediakan bagi menggalakkan setiap pengguna menghasilkan sesuatu, berkolaborasi, berkongsi idea dan mengembangkan idea bersama individu yang lain. Setiap pertemuan yang dijalankan secara individu, berkumpulan atau bersama industri memberi impak kepada hasil produk atau perkhidmatan yang berpotensi untuk dipasarkan.
Ruangan dan fasiliti membantu ke arah melahirkan pencipta baharu (Inventor). Maker Market memastikan setiap hasil akhir pencipta baharu mampu menyelesaikan masalah dalam pelbagai situasi. Konsep Maker Market melibatkan Meet, Make & Market.
Meet
Ruang Maker Market sebagai platform interaksi bagi perkongsian idea oleh pelajar, pensyarah atau komuniti.
Make
Mengaplikasikan pelbagai bidang kemahiran bagi merealisasikan proses penghasilan produk.
Market
Peluang pemasaran produk inovasi kepada pengguna akhir.
Rujukan : Garis Panduan Maker Market Kolej Komuniti Malaysia Edisi 2024
Maker Market Kolej Komuniti Arau (MMKKA) mempunyai 1 bilik menempatkan peralatan dan mesin seperti mesin laser cut, mesin 3D Printer, UV Printer dan beberapa mesin lagi. Bilik ini dinamakan Bilik Maker Market yang bertempat di Aras G, Kolej Komuniti Arau, Perlis.
Kapasiti bilangan pelajar : 10 orang untuk pembelajaran yang selesa.
Tahun Mula Operasi : 2021
PLATFORM PENYEBARLUASAN AKTIVITI MAKER MARKET