1. Murid perlu membawa buku teks yang dibalut dengan secukupnya dan sebaiknya.
2. Bagi murid yang GAGAL memulangkan buku teks dengan secukupnya, murid WAJIB menggantikan dengan buku baharu . Pihak SPBT akan mengutamakan pemberian buku teks kepada murid yang lengkap bilangan buku teks.
3. Bagi murid yang GAGAL menggantikan dengan buku baharu, pihak SPBT berhak untuk menangguhkan pemberian buku teks kepada murid tersebut bagi sesi 2023/2024. Oleh itu, murid WAJIB memulangkan buku dengan bilangan secukupnya.
4. Murid digalakkan membawa beg plastik / beg recycle untuk membawa buku teks
5. Murid Tahun 6 yang gagal memulangkan buku teks dengan selengkapnya, pihak sekolah akan menangguhkan Sijil Berhenti Sekolah
6. Ibu bapa perlu mencetak Borang B yang disertakan di bawah dan perlu mengisi borang dengan lengkap. Borang perlu dibawa semasa pemberian buku teks.Â