Makluman Rasmi Sekolah

MAKLUMAN RASMI SEKOLAH

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK KAMPUNG TUNKU KALI KE 47 

(mohon tekan link dibawah)

Kepada Ibu bapa/penjaga

Semua murid SK Kampung Tunku


Tuan/Puan


NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK KAMPUNG TUNKU KALI KE 47


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk


2. Pihak sekolah dengan segala hormatnya menjemput tuan/puan menyertai mesyuarat tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :


Tarikh : 11 Mei 2024

Hari : Sabtu

Masa : 8.00 Pagi

Tempat         : Dewan SK Kampung Tunku


3. Sehubungan bersama-sama ini disertakan borang usul/cadangan dalam pautan berikut https://forms.gle/wg1M51uRUWw2vUu66. Sekiranya tuan/puan ada mempunyai usul/cadangan yang ingin dikemukakan, tuan/puan boleh mengisi borang tersebut sebelum atau pada 30 April 2024.


4. Semoga dengan penyertaan tuan/puan dapat melancarkan perjalanan mesyuarat tersebut. Kerjasama tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian


"PIBG Gemilang, Sekolah Terbilang"


Saya yang menjalankan amanah,

(WAN HUZAINI BIN WAN HUSSIN)

YANG DIPERTUA PIBG

Sesi 2023/2024

TERKINI: Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi Akademik 2025/2026


📆 TARIKH PERMOHONAN


a. Secara Dalam Talian : 

1 Mac 2024 hingga 30 April 2024


b. Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon : 

1 Mac 2024 hingga 31 Mei 2024

❇️Borang permohonan boleh diambil di sekolah yang dimohon


✅ SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN

a. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja

b. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja yang layak untuk memohon.

Pendaftaran Murid Tahun 1 2024/2025

Program CODE RED

Panduan Semasa Jerebu

Jemputan Sukan Sukaneka Pra Sekolah & Tahap 1 2023

Jemputan Sukan Tahunan Sekolah 2023

TERKINI: Makluman Hari Terbuka Sekolah 2023

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2023 kali ke-46

Semua Ibu Bapa dijemput hadir

Permohonan Kemasukan ke Prasekolah

Hari Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah

Makluman : Pengoperasian  Kedai Buku 2023

Makluman: Cuti Sekolah Akhir Sesi 2022-2023

Cuti Sekolah.pdf

Pemberitahuan Perubahan Waktu Pulang Pada Hari Rabu - Bermula Januari 2023 (Sesi Persekolahan 2022/2023) . 

Program NILAM: IQ-NILAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bermula tahun 2021, Pusat Sumber SK Kampung Tunku akan melaksanakan program nilam dalam sistem IQ-NILAM. Sistem perekodan ini akan diisi oleh murid dengan menggunakan akaun ID DELIMA.


Sistem ini boleh diakses melalui laman sesawang Sistem iQ-NILAM. Langkah-langkah tutorial pengisian data NILAM murid ke dalam sistem IQ-NILAM boleh diakses melalui video tutorial yang diberi.


Sehubungan dengan itu, guru-guru, ibu bapa dan murid juga boleh mendapatkan bahan bacaan melalui Rak Maya SK Kampung Tunku.


Semoga sistem ini dapat meningkatkan kelancaran pelaksanaan program NILAM di sekolah dan seterusnya melestarikan budaya membaca dalam kalangan murid.