Terlahir dengan nama Aidil

Post date: Nov 13, 2010 8:57:03 PM

Ketika subuh berdetik

mengalun adzan melepas mimpi

ketika subuh berdetik

takbir menyahut menyemai pagi

ketika embun lembabkan pagi

menambah sempurna cahaya mentari

ketika tetesan wudhu membuang dosa diri

merayu insan dalam sujud kepada ilahi

sebelum pagi selepas senja

malam merayu membawa mimpi

sebelum pagi selepas senja

malam menjadi saksi kelahiran jundi

senyum lembut menjelaskan bahagia

yang ditatap hanya pulas tertidur saja

hari itu satu syawal aku lahir kedunia

dengan nama aidil pemberian kedua orang tua