Menjawab soalan pemahaman Bahagian A
Selasa, 15 Mei 2018
6.00 pagi :
6.30 pagi :
7.00 pagi :
7.30 pagi :
7.35 pagi :
9.30 pagi :
9.50 pagi :
1.30 tengah hari :
Aku bangun awal dan terus membersihkan diri.
Bersarapan sebelum ke sekolah.
Tiba di sekolah, aku terus mencapai penyapu lalu menyapu sampah.
Beratur di luar kelas sementara menunggu guru tiba di kelas.
Sesi pembelajaran dan pengajaran bermula. Aku memberikan perhatian semasa guru mengajar.
Loceng waktu rehat berbunyi, aku ke kantin untuk membeli makanan. Selepas itu, aku ke perpustakaan untuk memulangkan buku yang aku pinjam kerana cukup tempoh tarikh peminjaman buku.
Masuk ke kelas dan menyambung sesi pembelajaran.
Aku pulang ke rumah.
1. Catatan harian ini merupakan rutin harian ________________________________.
A seorang guru sekolah
B seorang murid sekolah
C seorang pekerja sekolah
D seorang guru besar sekolah
2. Apakah aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh penulis setibanya di sekolah sebelum sesi pembelajaran bermula?
A menyapu dan bermain
B bersarapan dan menyapu
C menyapu dan beratur di luar kelas
D bersarapan dan memulangkan buku
3. Berapa lamakah penulis berada di sekolah?
A 3½ jam
B 4½ jam
C 5½ jam
D 6½ jam
4. Antara yang berikut yang manakah bukan faedah-faedah yang diperoleh apabila mengunjungi perpustakaan sekolah?
A mengisi masa terluang
B mengurus masa dengan bijak
C menambahkan ilmu pengetahuan
D boleh mendapat pujian daripada guru
Jawapan
1 B
2 C
3 D
4 D