Menjawab soalan pemahaman Bahagian B
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kuala Lumpur, 8 APRIL–Satu kemalangan jalan raya telah berlaku di Jalan Kuching kira-kira pada pukul 3.30 petang.
Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Proton Wira yang dipandu dengan laju telah melanggar pembahagi jalan. Kereta tersebut remuk di bahagian hadapan. Seorang penunggang motosikal yang turut menunggang dengan laju telah langgar kereta tersebut dari arah belakang.
Pemandu kereta tersebut dikenali sebagai Zakuan Ibrahim, 43 tahun manakala penunggang motosikal tersebut dikenali sebagai Johan Karim, 22 tahun. Penunggang motosikal tersebut bekerja sebagai penghantar surat.
Pemandu kereta itu hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki. Sementara itu, penunggang motosikal pula mengalami cedera parah di bahagian kepala.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk. Kenderaan-kenderaan terpaksa bergerak perlahan kerana pihak ambulans cuba mengeluarkan pemandu kereta yang tersepit di tempat duduknya.
Polis trafik berada di tempat kejadian untuk mengawal lalu lintas. Menurut seorang polis trafik, punca utama kemalangan tersebut mungkin disebabkan oleh jalan licin selepas hujan dan sikap kecuaian mangsa-mangsa yang melebihi had kelajuan biasa.
Saksi kemalangan diminta menghubungi pihak polis. Nombor talian yang boleh dihubungi ialah 089-898989890. Saksi juga boleh menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran.
a. ________________________ telah berlaku di Jalan Kuching, Kuala Lumpur kira-kira pada pukul 3.30 petang.
[1 markah]
b. Bagaimanakah kemalangan berlaku?
___________________________________________________________________
[2 markah]
c. Tuliskan Betul atau Salah pada pernyataan di bawah berdasarkan petikan.
(i) Kemalangan itu menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk. ( )
(ii) Pemandu kereta itu mengalami kecederaan di bahagian kepala manakala penunggang motosikal pula mengalami cedera parah di bahagian kaki. ( )
(iii) Kenderaan-kenderaan terpaksa bergerak perlahan kerana pihak bomba cuba mengeluarkan pemandu kereta yang tersepit di dalam kereta. ( )
(iv) Punca utama kemalangan ialah jalan licin selepas hujan dan sikap kecuaian mangsa-mangsa. ( )
[2 markah]
d. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan agar dapat menjamin keselamatan diri di jalan raya?
___________________________________________________________________
[3 markah]
Jawapan
a. satu kemalangan jalan raya
b. Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Proton Wira yang dipandu dengan laju telah melanggar pembahagi jalan. Kereta tersebut remuk di bahagian hadapan. Seorang penunggang motosikal yang turut menunggang dengan laju telah langgar kereta tersebut dari arah belakang.
c. / X X /
d. Kita hendaklah mematuhi peraturan/ undang-undang jalan raya, sentiasa berhemah dan berhati-hati/ berwaspada semasa berada di jalan raya.
Baca syair di bawah, kemudian jawab soalan -soalan yang berikutnya.
Aku anak Malaysia,
lahir di bumi yang kaya raya,
bertuah sungguh rasa di jiwa,
hidup senang tiada sengsara.
Berbilang kaum bersatu-padu,
Islam Buddha mahupun Hindu,
hitam putih atau kelabu,
boleh berpakat mampu bersatu.
Songket sutera dan juga sari,
teluk belanga batik dan dotti,
cantik berseri berwarna-warni,
satu negara penuh harmoni.
Pilih saja apa makanan,
nikmati semua yang berkenan,
nasi lemak mi roti naan,
bahulu muruku atau kuih bulan.
Ada hari kita bercuti,
di Aidilfitri dan Raya Haji,
Tahun Baru Cina juga Deepavali,
Krismas Thaipusam dan banyak lagi.
Indahnya laut pasir di pantai,
tempat pelancong bersantai-santai,
tanah airku sejahtera dan damai,
budi ditabur jasa disemai.
Orang yang datang melimpah-ruah,
mencari kerja di bumi bertuah,
menumpang hidup tenaga dicurah,
betapa di sini rezekinya murah.
Malaysiaku ini amat kucinta,
tempat lahirku membina cita,
teruslah aman itu kupinta,
bahagialah hidup sesama kita.
a. Apakah maksud rangkap pertama syair di atas?
Penulis bersyukur kerana lahir di bumi yang kaya raya dan dapat _________________.
[1 markah]
b. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah berdasarkan syair tersebut.
Berbilang kaum di Malaysia dapat berpakat dan bersatu. ( )
Pendatang asing tidak dapat mencari rezeki di Malaysia. ( )
Berbilang kaum di Malaysia mempunyai agama, makanan, baju dan hari bercuti yang berbeza, namun tetap hidup aman dan bahagia. ( )
[2 markah]
c. Mengapakah pelancong asing suka bersantai-santai di Malaysia?
___________________________________________________________________
[2 markah]
teruslah aman itu kupinta,
bahagialah hidup sesama kita.
d. Terangkan maksud baris-baris syair di atas.
___________________________________________________________________
[3 markah ]
Jawapan
a. hidup senang di Malaysia yang tiada kesengsaraan.
b. /, X, /
c. Pelancong asing suka bersantai-santai di Malaysia kerana pantai yang indah, suasana yang sejahtera dan damai dan rakyat yang berbudi pekerti.
d. Saya berharap Malaysia terus aman damai agar kita dapat hidup bahagia bersama-sama.