Klik di sini
Konferensi National Disciple-maker (NDC) adalah konferensi tahunan yang dikelolakan oleh Malaysia Campus Crusade for Christ untuk mengumpulkan setiap orang percaya di seluruh Malaysia untuk menangkap hati Tuhan, misi-Nya untuk setiap satu kita, untuk menggalakkan satu sama lain dalam perjalanan iman kita, dan juga untuk memperlengkapi kita sebagai pembina murid bagi Yesus Kristus.
Trip Misi Digital (DMT) adalah perkumpulan 3-5 orang percaya yang berfokus menggunakan platform digital untuk berdoa, mengambil berat dan mengongsikan kasih Tuhan dan Injil kepada komuniti di sekitar mereka. Walaupun DMT hanya diadakan dalam jangka masa yang singkat (umumnya hujung minggu), kita melihat bahawa ini menjadi batu loncatan untuk memupuk penginjilan dan permuridan sebagai gaya hidup setiap kita. Kesengajaan adalah kunci dan DMT merupakan platform untuk kita mengambil langkah pertama untuk kita melakukan dengan sengaja!
Pada Jun 2021, kami telah melancarkan DMT Kluster Pengharapan, yang mengumpulkan setiap orang percaya di Malaysia untuk mengongsikan harapan yang kita miliki dalam KristusYesus kepada komuniti di sekeliling mereka secara digital, dan juga sekaligus menggalakan saudara dan saudari dalam Kristus untuk menangkap misi Tuhan!
" Hari ke hari kita melihat bagaimana pandemik Covid-19 telah memberi impak kepada hidup seseorang secara ekonomi, sosial dan juga dalam kehidupan rohani. Situasi ini boleh sahaja menggoncang dasar iman kita dan membuat kita berfikir, "Masihkah ada harapan?" Tetapi bagi kita orang percaya, kita mengetahui bahawa Yesus adalah satu-satunya dasar yang kukuh yang tidak mudah tergoyahkan! "
Trek Konferensi
Tekan link dibawah untuk maklumat lanjut
Jika anda terlepas peluang untuk mengikuti kami pada sesi sebelumnya dan berminat untuk belajar melalui inisiatif ini..
Bagi anda yang pernah mengikuti inisiatif ini dan berminat untuk terlibat sama sekali lagi dan ingin melihat lebih ramai orang percaya mengalami peluang ini..
Sertai kami, jemput yang lain untuk BANGKIT. BERHUBUNG. MEMBERI HARAPAN Konferensi National Disciple-maker & Trip Misi Digital (NDCDMT) yang berlangsung pada September 2021!
Daftar pada link di bawah dan mari kita digalakkan dan dilengkapi untuk menjadi berkat di tengah pandemik ini!
Tuhan memberkati.